Zionis ketawa : kita tersedu : McD pula?

Tatkala gerakan ketenteraan ke atas Gaza semakin ditingkatkan dan bilangan korban semakin bertambah, negara² di sekeliling Gaza yang mengaku Islam dan bernaung di bawah lengan OIC, Liga Arab dan apa sahaja nama yang diberikan hanya tahu memberikan kata² semangat dan janji, namun amat jauh dari bantuan ketenteraan yang amat diharapkan.

Kalaulah Umar masih hidup, nescaya beliau akan menggerakkan ketenteraan dan mengumpulkan manusia di seluruh pelosok jajahan Islam bagi memerangi zionis yang berselindung di bawah Israel..

Kalaulah sultan Salahuddin masih bernafas, nescaya beliau juga akan turut menyertai tentera menyerang Tel Aviv dan seluruh negara haram itu...bukankah beliau pernah berazam untuk memerangi orang kafir sehingga mereka semua terhapus dari muka bumi ini kerna kebanayakn kerosakan, kejahatan dan sebagainya muncul dari mereka?

Pemimpin negara islam hanya tunduk dan terdiam, dan mungkin sahaja menangis kerana tidak berkeupayaan untuk menggerakkan walau seorang pun tentera dari negara mereka, walau sebuahpun pesawat tua yang paling lusuh, walau sebutir peluru kapur pun untuk dimajukan ke sana dek kerana kawalan persempadanan negara yang telah dibuat sejak dahulu lagi. Ya...zionis telah merancang terlalu lama .. jauh sebelum kejatuhan kerajaan ottoman lagi. 

Yang mampu dibuat hanya mengumpul dana di sana sini kunun untuk dimajukan ke sana. Namun siapa yang tahu adakah dana itu sampai atau ditahan di bank-bank milik Dajjal yang terlalu laparkan bumi Baitul Muqaddis dan Masjid Al Aqsa untuk memerintah dunia dibawah nama kerajaan agung bermata satu..


Kita ghairah sekali menyertai perhimpunan aman membantah keganasan zionis, tetapi dalam masa yang sama mengosongkan rumah-rumah allah dari solat berjamaah, khususnya solat subuh..?

Dalam satu kuliah subuh pertengahan Ramadhan lepas di surau dalam negeri Darul Ehsan, pengkuliah menceritakan bahawa Yahudi telah menghantar beberapa orang untuk mengintai-intai di hadapan sebuah masjid di luar negara. Mereka kelihatan berada di luar masjid beberapa hari dalam waktu subuh. Salah seorang jamaah akhirnya bertanya,

"mengapa tuan berada di sini. Saya perhatikan sejak beberapa hari ini tuan² berada di sini.."

"kami ini bukan muslim. Kami Yahudi...kami ingin melihat jumlah yang solat subuh berjamaah setiap hari. Sekiranya bilangan semakin bertambah, kami risau bahawa kami akan binasa di Israel. Jika masih 'maintain' atau semakin kurang, maka jelas, kami masih menang.."

Ternyata, zionis tidak gentar dengan ugutan kita melalui protes dan perhimpunan aman. Buatlah sebanyak mana pun. Hadirilah seramai mana pun. Ianya langsung tidak memberi kesan kepada mereka, bahkan mereka hanya tertawa kepada kita. Tetapi mereka risau dan memandang serius jika jamaah di masjid bertambah secara mendadak...

Kita boleh sahaj mengadakan sebarang pemboikotan. Sebagaimana pandangan Al Alamah mufti WP yang baru, ianya mungkin berdasarkan kepada perlakuan Umar Al Khattab yang menyeru manusia di Madinah memulaukan pembelian daging dek kerana harga yang mula naik...

Namun secara jelasnya, Junjungan Besar Muhammad SAW sendiri dan para sahabat pernah bermuamalah dengan yahudi. Tiada kedengaran dari mana² ulasan ulama,  mereka ahli madinah memulaukan barangan dangangan yahudi di pasar madinah pada masa itu. Walhal kita maklum bahawa ada yahudi yang memerangi Rasulullah dan juga ada yang berkhianat kepadanya, khususnya semasa peristiwa khandaq, namun tiada pula perintah pemulauan yang dibuat.

Cuma Junjungan mulaukan tabiat dan perlakuan yahudi. Jika yahudi berpuasa pada 10 muharram kerana meraikan kejayaan Musa as dan moyang mereka menyeberangi laut merah dan selamat dari penindasan firaun, Rasulullah SAW menyarankan agar berpuasa pada 9 & 10 untuk menyalahi mereka. Apabila yahudi dan nasara berpuasa dengan meninggalkan sahur, Nabi SAW meyarankan agar umat Islam bersahur bagi menyalahi mereka. 

Ertinya pemulauan, atau pemboikotan yang sebenar ialah dengan menyalahi perlakuan dan sikap mereka. Menolak segala agenda dan cara hidup mereka. Contoh mudah, menolak segala hiburan yang cuba dianjurkan oleh mereka. Tapi kita masih lagi mengikut dan mengagungkan cara hidup mereka, walaupun dalam masa yang sama kita menolak untuk makan McD bahkan sanggup buat kekecohan dan porak peranda pada premis mereka. Apakah itu yang diajar oleh Islam? Kekecohan, merosakkan harta awam, mewujudkan perasaan kebencian melampau hingga mungkin boleh mencederakan pekerja yang tidak bersalah, adalah merupakan sikap dan amalan yahudi..!!

Industri hiburan dalam negara kita masih mengikut rentak yahudi dengan menggalakkan percampuran tanpa batas, menggalakkan pameran aurat dan bentuk tubuh, meskipun kununnya disalut dengan kosmetik Islam, tetapi masih ketat dan mempernampakan bentuk dan warna kulit. Tapi kita mendakwa bencikan zionis dan menyertai pula perhimpunan menentang mereka kununnya...

Sistem pendidikan kita masih lagi terikut² aliran yahudi dengan membiarkan sahaja tanpa membuat tindakan terhadap pembudayaan couple di kalangan pelajar yang menjurus kepada perlakuan zina, memisahkan antara ilmu dunia dan akhirat, bahkan membudayakan pula amalan samseng dan sebagainya..tapi kita mencanangkan agar tidak makan atau menggunakan produk yahudi, tetapi dalam masa yang sama masih menjadi pengikut yahudi tegar?

Kita masih memperkembang biakkan serta memperbesar-besarkan jurang antara mazhab walhal ianya sudah menjadi senjata ampuh yahudi untuk memporak perandakan muslim, bahkan kita secara tidak senghaja menjadi agen dengan memberikan ceramah, mengadakan seminar bahkan mengarang buku, sedangkan salah seorang habaib yang dipuja dan dipuji oleh golongan pencinta sunnah kununnya memberikan kenyataan bahawa perosak besar adalah mereka yang membesarkan lagi jurang ini, yang sebenarnya secara tidak langsung menjadi agen yahudi dan zionis..

Cuku-cukup sudah...jawapan ampuh kepada zionis ialah jihad sahaja. Perkukuhkan iman kita... tak salah hendak berdemo...tak salah hendak memekik takbir sekuat hati dengan penuh geram...tetapi jika hanya setakat itu sahaj diulang setiap haripun, adakah bisa meruntuhkan bangunan kneset di Tel Aviv?




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol