Andai semua muslimah berjilbab
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Al Ahzab : 59
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. An Nuur : 31
Berdasarkan ayat² ini,ternyata sekali bahawa jalan selamat untuk muslimah ialah dengan menutup apa yang diperintahkan untuk ditutup dan dilindungi.
Dewasa ini amat sukar untuk diperlihatkan dengan pakaian sebagaimana yang diperintah Al Quran..
Kebanyakan dari kita hanya terserempak dengan muslimah yang memakai kerudung membungkus rambut, dengan kepelbagaian fesyen, dengan kain yang mahal serta berjenama, namun jauh dari menepati syariah dek kerana:-
1. Terlalu singkat dan tidak menutup dada
2. Memakai pakaian berlengan pendek;
3. Memakai baju yang tidak menutup hingga ke bawah, hanya separuh,
4.memakai legging tetapi bertudung..
Kalaulah semua muslimah mematuhi perintah ini, adalah dipercayai bahawa jenayah rogol dan zina akan sangat berkurangan serta hanya diperlakukan oleh orang yang benar² celaka sahaja...
Ini kerana pabila kita berjalan keluar, wanita dijalanan tidak dikenali lagi sama ada muda ataupun tua, berumur atau belia, dek kerana tiada wajah boleh ditatap, tiada lagi rambut terurai lebat, melainkan milik musyrikin, tiada aurat lai yang terdedah, melainkan milik si kuffar wanita...
Maka peluang buat berkenal-kenalan, atau peluang mengorat kian menipis...
Peluang berjalan berdua-duaan kian tertutup;
Alangkah besarnya hikmah itu...
Ulasan