Citra menangis tidak rela kupujuk?

Sebaik discharge dari wad, citra hitam itu kelihatan gagah kembali menguasai jalan raya. Walau bagaimanapun,ianya direhatkan buat sementara waktu sehingga tiba pagi Ahad.

Ahad yang suram pada jiwa dan iklimnya, dilalui sang citra merentas laluan biasanya dengan mematuhi beberapa isyarat dan papan tanda sepanjang jalan. Tiada apa yang ganjil. Meter suhu enjin juga kelihatan biasa. 

Sebaik tiba di perkarangan mesin slide, secara tiba-tiba suhu enjin mula naik kembali. Namun ianya tidak stabil. Sekejap naik. Sebentar turun. Mujurlah urusan penghantaran puteri dapat diselesaikan segera.

Sebaik kembali ke semula ke pejabat, suhu mula meninggi. Dengan pantas, doktor berhampiran segera dihubungi. Doktor menasihatkan agar sang citra segera dihantar ke klinik berhampiran.

Sebaik tiba, but enjin dibuka, tetapi tiada apa yang ganjil pada enjin. Suhu seperti biasa pula...Aneh...seperti demam kura lagaknya..

"Mari test..." ujar doktor muda. 

Kami berdua menaiki kenaikan berpusing untuk percubaan. Tatkala memulakan perjalanan, suhu panas mula meninggi. Citra tidak mampu menyembunyikan kesakitannya lagi. Setelah agak jauh, berhenti di suatu tempat dan mula kelihatan apa yang tidak sepatutnya bila but enjin dibuka.. Ada kebocoran paip.

Penarek segera dipanggil. Citra diusung ke klinik. 

"Paip murah je..." ujar doktor muda sambil tersenyum..

RM..RM..RM..

Sekitar jam 3 petang, doktor memanggil mengatakan pembaikan telah siap. Upah dibayar sekitar RM105.00 sahaja...

Rupanya ia tidak berhenti di situ sahaja. Meskipun sepanjang petang semalam keadaan kelihatan stabil sepanjang perjalanan hingga kerumah.

Pagi ini, sebaik bergerak, suhu naik kembali. Mencanak²... Kereta terpaksa dihentikan dua kali untuk elak sebarang kejadian tidak diingini. Paling dikhuatiri, tiba² enjin meletup dan terbakar, bagaimana?

Akhirnya selamat juga tiba di sekolah puteri sulung meskipun suhu enjin dibaca terlalu ekstrem dan sangat luar biasa tinggi!!

Dan tatkala dipertengahan jalan untuk menghantar sang putera sulung pula, secara tiba² kedengaran letupan kecil dari enjin..

"alamak..."

Sebaik dihentikan dan diperiksa, kelihatan kesan² air...

"Pecah lagi..."

Mujurlah ada kenalan yang memang kerja di bengkel. Sekitar 10 minit kemudian beliau tiba dan membuat pemeriksaan..

"mungkin kena ganti gasket...harga sekitar tidak kurang RM500.00"

Mak aih...

Akhirnya, kereta sekali lagi diusung ke bengkel. Penulis terpaksa bercuti begitu juga dengan puteri ke dua...

Citra itu seolah sudah tidak rela dipujuk. Apakah perlu dicari pengganti..?

Terngiang² senikata lagu oleh Herman Tino..

"cari saja pengganti..."

Dimana kan kucari duitnya ya?

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol