Berkunjung ke kota kanak-kanak


Bagi penulis, ianya seperti sebuah kota kanak² dalam kisah² disney...Bahkan kalau hendak diperhitung, kisah terbitan hollywood juga banyak memaparkan kota² tertutup seumpama ini ..

Apabila anda berkunjung ke kota yang berbayar ini untuk tempoh lima jam, akan akan merasai suatu kelainan, seolah berada di dunia yang berbeza. Manakan tidak, sebaik melangkah ke pintu masuk, anda akan dibekalkan dengan sekeping cek bernilai z50. Matawang tersendiri ....kemudian cek akan ditunaikan di bank juga tersendiri di dalam kota tersebut. Pengunjung akan mundar-mandir mencari lokasi yang sesuai dengan minat masing²...umpamanya jika berminat menjadi doktor, anda boleh masuk ke hospital yang disediakan. Anda akan diajar kaedah tertentu seperti scanning dan sebagainya dalam masa sekitar 15 ke 20 minit. Menariknya, selepas tempoh tersebut, anda akan menerima imbuhan seperti gaji. Di kota tersebut, pelbagai bidang pekerjaan disediakan, kecuali tentera, guru dan juga agamawan serta ahli politik...

Kalaulah ianya mampu dibina sendiri oleh melayu dan dimelayukan serta diislamkan, tentu kanak² yang hadir mudah memahami sistem muamalat islam dengan lebih berkesan...

Wallahu a'lam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol