Makan² di kedai milik peniaga Pattani
Boleh dikatakan kebanyakan warung atau kedai makan melayu di sekitar kluang adalah dimiliki oleh orang² yang berasal dari seberang utara semenanjung emas. Salah satu yang biasa dilawati ialah yang terletak di tepi jalan berhadapan dengan deretan rumah² banglo milik bumiputera di Kampungong Melayu. Ianya amat berhampiran dengan lampu isyarat simpang empat kampung melayu. Pemilik asal premis tersebut ialah seorang saudara baru yang terkenal dengan itik panggang. Meskipun begitu, penulis pernah mengalami pengalaman luar biasa ketika berurusan dengan pemilik lama premis berkenaan. Hidangan yang dipesan tidak sampai sehingga yang menunggu tersengguk mengantuk. Akhirnya, penulis pulang dengan tangan kosong. Mungkin pemilik tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Para petugas beliau yang buat silap. Apabila jumlah pelanggan sudah mula mengerumuni kedai, petugas kelihatan kelam-kabut dan akhirnya pelanggan tidak dilayan dengan baik. Bagi penulis, kejayaan sebuah kedai makan bukan hanya terletak pada masakan yang enak semata-mata. Layanan mesra juga amat penting. Ada kedai yang menyajikan makanan yang agak enak dan lazat namun dek kerana layanan dari petugas menghampakan, dengan wajah yang kita lihat kurang selesa apabila mengambil pesanan dan tidak mesra, pelanggan akan mula angkat kaki. Makanan sesedap manapun akan dianggap tidak lazat lagi. Akhirnya, perniagaan akan bungkus tikar..
Kedai makan milik peniaga Pattani ini menghidangkan jenis-jenis makanan yang membuka selera, namun jika tekak kita mampu menelan hidangan mengikut citarasa pattani. Itu syarat utama. Ada pelbagai menu yang ditawarkan seperti biasa. Mungkin yang tiada di restoran bukan pattani ialah seperti som tam, kerabu mangga dan sebagainya. Harga di kedai makan ini juga agak berpatutan.
Dengan menikmati sepinggan maggi goreng, sotong goreng kunyit, nasi putih, sup ekor, telor bistik, dua fresh orange, apple dan tembikai, hanya sekitar RM34.00 sahaja...
Lokasi : http://www.instantstreetview.com/1qbm0iz5ds6yyzsezq9z5p
Ulasan