Tadika menjual agama?

Ada sebuah tadika kecil yang baru sahaja dibangunkan. dI asaskan atas nama agama. Mengambil kesempatan atas fenomena keghairahan majoriti ibu bapa yang mahu anak² mereka menjadi tahfiz instant. Maka diletakkanlah anak² berusia lima dan enam tahun. Ditawarkan dan dijanjikan dengan pelbagai keistimewaan yang berupa haloba kepada akhirat. Anak akan dijadikan tahfiz juzu ke 30. Akan diajar berenang dan memanah. Makanan akan dibuat seboleh-bolehnya mengikut praktikal sunnah.

Hati ibu bapa yang tak tertawan dan tergoda. Siapa yang tidak mahu anaknya menempa kejayaan akhirat? 

Antara yang hadir sepasang suami isteri yang begitu gembira dengan kewujudan tadika ini. Bangunan tadika dua tingkat itu dijelajahi setiap incinya. Tercarik segaris gelisah di hati suami apabila mendapati premis dua tingkat yang disewa itu agak kurang kawalan keselamatannya.

"Saya nampak tingkap di bilik atas tidak di pasang grill.." kata sang bapa yang gusar sebaik terlihat seorang lelaki yang dipercayai ada hubung kait yang kuat dengan pengusaha tadika sedang menikmati nasi lemak di dapur premis.

"Tu kita maklum. Nanti kita akan cuba perbetulkan..."

"Dekat bahagian tangga tu pun saya nampak agak bahaya untuk kanak². Ada baiknya dipasang dengan grill juga..." Bapa tadi seolah mendesak. Si lelaki kelihatan agak kurang senang namun cuba melayan karenah sang bapa.

"Insya Allah...nanti kami usahakan..."

Menjelang hari pertama persekolahan, sang ibu tadi menghantar sang anak berusia lima tahun ke tadika tersebut dengan harapan penuh gemilang. Walau sang anak agak sukar untuk menjinakkan diri, sang ibu berjaya jua akhirnya menyelesaikan tugasan pertama untuk anaknya di sekolah itu, lantas meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Waktu petang, seperti dijanjikan, sang ibu mengambil semula anaknya. Dalam perjalanan pulang, si anak mengadukan hal tentang gurunya. Sang ibu yang agak khuatir akan situasi tersebut yang dijangka mampu menggugat semangat sang anak untuk meneruskan sesi sehingga hujung tahun segera memaklumkan perkara itui kepada sang pengelola agar ianya tidak berlaku lagi. Sang pengelola nampaknya seperti faham.

Hari kedua, sang bapa pula yang menghantar si anak ke sekolah tersebut. Dek kerana sang anak sudah mula merengek sejak awal pagi, sang bapa terpaksa menunggu sebentar di dalam premis sehingga sang anak leka dengan rakan dan permainan, lantas segera sang bapa melarikan diri.

Waktu petang, sang ibu mengambil sang anak tadi.Keadaan sudah agak ok.

Hari ketiga, sang bapa masih menghantar sang anak. Dia lebih ok dari dua hari lepas. Hari keempat, sang ibu menangis ketika menghubungi sang bapa yang sudah mula bekerja. Dapat tulisan maya dari pengelola mengatakan anak mereka itu diharap dapat ke sekolah lain.

Menjelang petang, tatkala mengambil si anak pulang, sang ibu diberi surat dan juga dipulangkan wang pendaftaran berjumlah RM650. Bayaran baharu sahaja separuh. Masih berbaki sebenarnya belum dijelaskan oleh sang bapa kepada pihak sekolah. Surat yang diberi memberi gambaran bahawa carilah tadika lain. Walaupun disitu dicoretkan jua bahawa tiada masalah untuk meneruskan persekolahan sehingga akhir januari.


Bapa dan ibu mana yang tidak meradang. Anak dibuang sekolah dengan begitu mudah. Hanya kerana mengadukan sesuatu perkara. Teguran yang dibuat adalah teguran membina. Bukan untuk menghancurkan sekolah. Bukan untuk menyenakkan perut para pentadbir sekolah. Salahkah sebuah teguran dibuat?

Sebagai sebuah institusi yang berorientasikan agama, bagaimana mereka menerapkan nilai agama dalam kalangan mereka sendiri? 

Seharusnya sebagai sebuah institusi yang berlatar belakang agama, mereka bersifat lebih terbuka dan sedia menerima sebarang kritikan. Pengusaha seolah takut kepada pelajar yang mempunyai ibu bapa yang membuat kritikan. Seolah kritikan boleh menyebabkan pelajar lari dan menjadi penakut. Aneh sungguh dunia ini.

Bukankah Umar tatkala dikritik dengan pedang, terus mengangkat tangan memuji Allah kerana masih ada yang berani mengkritiknya dengan pedang. Apalah sangat tindakan memberikan maklumat agar dapat diperbetulkan sesuatu?

Keadilan perlu ditegakkan...

Wallahu a'lam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol