Pabila pemain veteran dikesampingkan...
Sebuah pasukan bolasepak ternama mengumandangkan untuk mencari pemain kanan yang berbakat. Maka Iklan segera di war² kan keseluroh pelusok negara melalui saluran media alternatif. Pemain kanan akan diganjarkan dengan wang yang berkali ganda lebih tinggi daripada pemain biasa.
Maka berduyun-duyun anak negeri yang menghantar permohonan. Termasuklah juga pemain-pemain veteran yang sudah sekian lama menabur bakti dalam pasukan. Pemain luar juga ada yang berminat menghantar layangan permohonan.
Maka tibalah saat pemilihan. Dalam pemilihan pertama, semua pemohon yang dianggap layak dipanggil. Maka semua datang dengan bersemangat. Orang luar datang begitu hebat dengan gaya dan pakaian sukannya terserlah. Pemain veteran juga tak kurang kalahnya.
Sebaik selesai pemilihan saringan, maka beberapa pemain veteran tidak berjaya. Begitu juga pemain luar ada juga yang berjaya. Maka dibuat pula pemilihan siri ke dua.
Pemilihan siri kedua lebih berbentuk temuduga. Maka bersoal jawablah calon dengan panel. Pemain veteran ramai juga yang layak memasuki sesi temuduga. Dengan penuh bergaya dan lagak "PASTI AKU" muncul di pintu bilik temuduga berhawa dingin.
Dan berlalulah beberapa waktu. Kemudian muncullah surat keputusan. Sayang sekali, kesemua calon veteran gagal. Calon-calon luar dilihat telah berjaya memikat hati panel dan juri.
Kalau diukur, dari segi umur, pemain luar nampaknya tidak jauh beza dengan pemain veteran. Dari segi ketangkasan juga lebih kurang. Tetapi panel tertarik hati dengan para pemain luar yang kelihatan hebat, berpengaruh dan berprestij.
Alasan panel, pemain veteran kita dah tahu rentak tarinya. Kita sudah faham gendang palunya. Kita telah masak dengan perangainya. Jadi kita mahu pemain luar yang lebih 'ganteng' dan lebih elit.
Pemain veteran, ada yang keciwa, ada yang selamba, namun rata² kita mendapati mereka keciwa. Cuma tidak bisa diukur tahap kekecewaan mereka itu.
"Aku dah jaring berapa banyak gol...mereka masih nak ambil pemain luar yang belum pasti..." asak seorang calon. Jelas terpapar kekeciwaan di wajah kusamnya.
"Aku ni...still young...ada la dua tiga gol aku sumbat dalam perlawanan gergasi...haram tak dipandang.."
Namun kata seorang veteran yang lebih berusia, "Kita patut bersyukur kerana masih terpilih untuk temuduga. Kita juga patut bersyukur kerana masih boleh beraksi di padang. Meskipun selaku pemain simpanan..."
"Panel ni tak pernah terfikir kita risiko ambil pemain luar? Kita kan dah tahu...sebelum ni, ada pemain luar, beraksi sekali dua je kat padang, bikin kontoversi then blah begitu aje.."
"Ntahnya, dulu kita ada ambil pemain luar juga, namun asyik jadi pengutip kad merah dan kuning aje..."
"Aku pun tak tahulah...katanya ada sebut dalam perancangan jangkamasa panjang, nak menaikkan taraf pemain dalaman dan veteran ke peringkat yang lebih tinggi dengan mengambil mereka selaku pemain kanan...janji hanya janji..."
"Ah ..kalau begini, aku nak fokus pada permainan luar je la...ada peluang aku angkat kaki...buang masa je setia pada kelab yang tidak menjanjikan kebajikan sebenar kepada pemainnya..." Agak tegas nada itu. Nada kecewa bercampur marah dan sedih.
"Apa susah...main lebih kurang aje. Tak perlulah nak jadi star sangat...nak kejar bola yang bulat tu nak masukkan gol...kau tak dipandang la..." Suasana kian hangat..
"Ntahnya...bila prestasi pasukan menurun ... pengurus kutuk kita macam², tak de latihan la, tak de stamina la...abis kalau kebajikan tak dijaga dan dibiarkan, buang masa je jaga stamina bagai...baik main macam biasa je disamping mengintai peluang di tempat luar.."
"Hmmm...aku sokong tu..."
Perbualan tamat petang itu. Pasukan yang dikatakan akan kuat dengan kemasukan ahli baru dari luar tetap akan beraksi. Cuma tidak diketahui bagaimana performa mereka selepas ini...
Wallahu a'lam
Ulasan