Menggapai Ijazah Pertama di usia 4 siries

Mungkin ada dikalangan kita yang tersenyum sendirian pabila masih ada yang baru hendak memulakan langkah menggapai ijazah pertama tatkala usia menjejak ke angka 40 an. 

Mungkin ianya sudah agak terlambat bagi sesetengah golongan. Namun ada juga yang melihatnya sebagai satu langkah permulaan yang baik. "Better late then never" begitu kata sesetengah pihak.

Sememangnya usaha menuju kejayaan seumpama ini agak mencabar. Bagi penulis, yang telah setahun memulakan langkah seumpama ini melalui program PJJ, pada awalnya agak kabur dan kerap bermain dengan perasaan diri sendiri, mampukah aku meneruskannya?

Apabila menghadiri program Minggu Suaikenal (mungkin ini satu-satunya universiti yang mewujudkan minggu suaikenal kepada pelajar PJJ), suntikan semangat mula dirasai. Meskipun rakan² kebanyakkannya berusia jauh lebih muda dan bersemangat, namun ianya secara tidak langsung memberikan lonjakan positif ke dalam diri penulis. 

Minggu suaikenal membolehkan kita mendapatkan maklumat mengenai universiti dan juga peluang untuk mendapatkan rakan² bagi menyelesaikan esaimen. Ironinya, meskipun di kalangan pelajar PJJ berada di lokasi yang berbeza, namun mereka tetap perlu menyelesaikan tugasan esaimen dalam kumpulan. Pada awalnya agak keliru dan sedikit kabur. Bagaimana hendak berbincang tanpa bertatap muka untuk menyiapkan esaimen yang bernilai 20% daripada keseluruhan nilaian markah?

Akhirnya, atas kecanggihan alat telekomunikasi, medium wassup dipilih secara rasmi sebagai penaja utama urusan perbincangan penyelesaian esaimen. Walaupun begitu, elemen chatting yang disediakan di dalam portal juga pernah digunakan untuk menyelesaikan sebuah esaimen yang paling awal tarikh penghantarannya.

Pulang dari minggu suaikenal bersama buku-buku teks untuk rujukan@bacaan@latihan dan juga bahan untuk menyiapkan esaimen. Semangat mula berkobar untuk meneruskan perjuangan. Meskipun masa untuk belajar itu sering keciciran dan dicuri dek masa bersama keluarga, bertugas dan sebagainya. Esaimen cuba untuk disiapkan dengan mencari ahli kumpulan. Ternyata terlalu banyak jua onak dan duri yang bertaburan di sepanjang jalan. Pelbagai ujian yang timbul. Yang paling menyenakkan perut ialah apabila rakan² yang dibentuk membatukan diri selepas beberapa ketika. Mujurlah ada seorang dua yang masih aktif. 

Maka grup baru terpaksa dibentuk dengan memungut saki-baki ahli yang masih setia dan mendapatkan ahli lain. Alhamdulilla, rintangan² seumpama ini dapat diselesaikan segera. Menjelang hujung tahun, saat yang kritikal di mana kebanyakan esaimen menemui masa tamatnya, rakan utama pula menghilangkan diri. Pergh....

Apabila program intensif selama dua minggu yang memaksa kami berkampung di kampus utama berlangsung, masing² mengakui bahawa itulah saat pertama mereka bertemu dengan buku² teks yang dibekalkan, walhal buku tersebut telah diedarkan sebaik sahaja kami menemui hari terakhir minggu suaikenal.



Program intensif hanya menjanjikan kuliah bersemuka untuk beberapa jam dan juga menemui kertas soalan untuk Peperiksaan Berterusan. Bagi pelajar bagi seumpama kami, ianya bagai sebuah kejutan. Seolah baru tersedar dari lena yang panjang. Maklumlah sudah sekian lama meninggalkan alam pembelajaran...

Penamat minggu intensif dibungai dengan janji manis bersama pembentukan rakan² baru bagi menyelesaikan beberapa esaimen besar. Syukur kerana dipertemukan dengan rakan seumpama ini.

Dan minggu peperiksaan yang berjalan lebih kurang tiga minggu menyaksikan penulis berulang alik dari pusat peperiksaan ke rumah hampir berselang sehari untuk menghadapi peperiksaan akhir. Saat genting apabila satu paper yang bermula sekitar jam 9 pagi, kira-kira jam 8.45 baru sahaja keluar dari pintu tol dek kerana kesesakan akibat kemalangan di dalam lebuh raya...

Alhamdulillah keputusan agak memberangsangkan meskipun hati risau khususnya terhadap dua paper yang paling krtikal bagi penulis, iaitu ekonomi dan pemikiran kreatif. 

Dan sekarang melangkah ke tahun dua dengan penuh bergaya...Moga² Allah mempermudahkan segala usaha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol