Ada apa dengan sijil tinggi?
Apabila seorang pelajar universiti di tanya, mengapa anda masuk universiti?
"Saya mahu menjadi seorang yang terpelajar.."
"Kenapa mahu seorang yang terpelajar?"
"Agar boleh menjamin kehidupan yang lebih baik..."
"Apakah dengan tidak masuk universiti hidup akan menjadi tidak baik?"
"Emmm...tak juga...cuma mungkin sukar nak dapat kerja yang baik. Kalau dapat kerja yang baik, akan dapat pendapatan yang baik....nanti boleh bantu mak ayah di kampung..."
Adakah seqadar itu kefahaman kita masuk ke universiti?
Rata² akan menjawab secara umum untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Kalau hendak berkehidupan baik, berapa ramai orang kaya di dunia ini yang tidak masuk universiti hidup mereka jauh lebih baik dan kaya .. ..
Pabila seorang pelajar sekolah menengah ditanya mengapa ke sekolah?
"Untuk jadi pandai dan boleh masuk universiti..."
Pabila seorang pelajar sekolah rendah tahun enam ditanya mengapa begitu galak mengejar kecemerlangan UPSR?
"Untuk mendapat tempat di sekolah berasrama..."
Adakah jawapan² ini merupakan sesuatu yang diulang saban tahun kemasukan dan telah didoktrin oleh guru, ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhannya...?
Seorang sahabat pernah bertanya kepada rakannya yang beriya-iya menyambung pengajian peringkat ijazah pertama di salah sebuah universiti awam, apa sebab kau sambung belajar di ketika usia semakin hampir di lereng lubang kubur ini?
"Kerana minat terhadap bidang yang dipelajari..."
"Syukur...kerana bukan niat kau hanya untuk senang naik gred jawatan..."
Adakah kita semua telah didoktrin untuk berada di tadika seawal usia 4 tahun, masuk ke sekolah rendah bermula usia 7 tahun, masuk ke sekolah berprestij peringkat menengah seawal usia 13 tahun dan kemudian berlumba masuk ke institusi pengajian tinggi sewaktu berusia 18 tahun?
Sistem apakah sebenarnya yang membelenggu kita?
Bukankah sistem kita yang amat menitikberatkan tentang peperiksaan mampu mengubah kita menjadi lebih pandai, lebih cerdik atau hanya semakin didoktrinkan?
Kita yan mengaku bersijil tinggi, namun hadir ke kelas untuk menulis nota, kemudian dihafal dan kemudian dimuntahkan semula di atas kertas jawapan peperiksaan. Adakah itu sahaja mampu menjadikan kita cemerlang?
Adakah pensyarah atau guru yang mengajar kita mengenai ekonomi, hanya mendapat ijazah peringkat tinggi berbentuk teori dari gurunya semata² dan kemudian pada hari ini mengajar juga kita tentang teori yang sama?
Apa bezanya kita yang hanya tamat setakat spm, membeli atau meminjam buku² berkaitan ekonomi dan kemudian mempraktikkannya dalam dunia sebenar dengan pelajar berkelulusan ekonomi dari universiti yang hanya mendapat kelulusan disebabkan kepandaian mereka memanipulasi nota dan sebagainya ?
Adakah minda kita masih didoktrinkan untuk menjadi pemegang ijazah dan kemudian menjadi hamba kepada dunia pekerjaan sepanjang hayat kita?
Akibat pendoktrinan ini kita memandang rendah kepada pelajar pondok yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya dari satu pondok ke satu pondok yang lain untuk pengabdian ilmu? Tetapi kita memandang tinggi melangit seorang yang berjaya meraih Ph.D dalam masa 3 tahun dan kembali lalu digelar ustaz dan jaguhan ilmuan islam.
Kegilaan apakah ini yang terus diulang??
Wallahu a'lam

Ulasan