Berkenalan dengan Plato dan Aristotle

Kelas malam sabtu hanya satu sahaja kelas sepanjang hari selepas golek gelentang membaca dan study untuk persiapan esok hari  yang paling mencabar. Semasa menaiki bas selepas usai solat, hati tertanya-tanya, mengapa macam tak ada orang je malam ni?

"agaknya dia orang tak pergi kelas kot. Esok ada dua PB yang penting..."

Mungkin ada rasionalnya kata sahabat tadi. Esok ada dua PB untuk subjek Isu-Isu Semasa Sosiologi & Antropologi serta Falsafah Sains Politik. Di kepala masih teringat-ingat teori tentang Pengecualian Sosial yang mempunyai empat elemen penting dan juga teori strasifikasi sosial yang dikatakan akan keluar dalam bentuk soalan esei esok. 

Namun untuk subjek falsafah politik masih kabur dek kerana belum sempat mendapat sentuhan. Sepanjang siang Jumaat hanya sibuk membaca nota-nota subjek ANSOS sahaja...Pengertian falsafah...pengertian falsafah sains sosial...pengertian mazhab-mazhab falsafah barat....ontologi...epistemologi ... mengkaji perihal kewujudan, realiti, pengetahuan ...wow...

Berbalik kepada perjalanan ke kelas falsafah sains politik...sebaik tiba di kaki lima dewan kuliah, kawasan parkir itu dipenuhi kenderaan menunjukkan sudah ramai yang hadir...Jam di tangan baru menunjukkan jam 8 55 malam. Kelas kan pukul sembilan?

Sebaik sahaja menemui pintu dewan kuliah, kuliah sudah bermula. Sewaktu masuk ke dalam perut dewan, perasaan mula ragu. Betul ke bilik kuliah ni?



Rupanya kelas telah bermula se awal jam 8 malam. Sudah silap tengok jadual rupanya...hanya tinggal satu jam sahaja lagi sebelum tamat

Persembahan pensyarah kami untuk subjek ini kelihatan amat tidak mengecewakan. Meskipun sudah sampai ke hujung topik yang membicarakan mengenai Plato, anak murid kepada Socrates, namun dewan masih hangat dengan respon dan gelak tawa dari pelajar.


Konsep negara kallipolis yang menjadi gagasan plato adalah sesuatu yang diluar jangkaan manusia biasa hingga tidak pernah wujud sampai kini. 

Aristotle anak murid beliau juga tidak bersetuju dengan gagasan negara gurunya dan telah mengubah konsep kenegaraan beliau. Yang menariknya, Aristotle beranggapan bahawa negara demokrasi bukanlah negara yang baik. Negara terbaik adalah negara yang mengamalkan kingship atau negara yang diperintah oleh seorang raja. Namun, raja itu mestilah yang terbaik. Apakah pandangan beliau ini selari dengan konsep khilafah di dalam Islam?

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol