Forum Falsafah Sains Sosial

Hari ni agak mencabar kerana masih ada PB yang menghantui. Malam sebelumnya, selepas selesai PB BI, sebaik tiba di bilik penginapan, terus menghadap nota-nota yang telah disediakan di dalam portal. 

Memang sesuatu yang bagus juga pabila pihak institusi ini mengumpulkan semua pelajarnya selama 20 hari bagi menghadapi PB dan beberapa kelas secara bertatap muka. Kalau nak harapkan masa sebelum program, rasanya jarang yang mahu membaca nota dan mendengar SV. Meskipun SV tu dah disediakan di dalam portal. Tetapi bila dikumpulkan, semua boleh memfokuskan minda. Alah, bukan lama sangat pun...

PB subjek sejarah berlangsung di dewan E41 dengan jangkamasa 1 jam 30 minit. Soalan berbentuk esei. Ada tiga soalan dan jawab hanya satu soalan sahaja. Menggelepar juga pabila soalan dibuka. Meskipun semalam pensyarah menyatakan bahawa soalan senang. Ialah..mana nak sempat study semalam sahaja. Itupun tak dapat dihabiskan...

Seusai Asr, kami menghadiri forum Falsafah Sains Sosial. Subjek baru yang diwujudkan dan dikongsi oleh tiga orang pensyarah berkaliber..



Apa yang menarik, kami dimaklumkan bahawa politik yang terus mahu berkuasa dan mempertahankan kuasa dengan melakukan apa sahaja adalah pengikut fahaman Machiavelli, matlamat menghalalkan cara..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol