Kelas Yang Pertama


Kelas pertama untuk tahun 2016 bermula pada malam ini. Jam 8 malam sehingga 10 malam. Penulis memulakan langkah sebaik seusai solat maghrib bersama rakan sebilik.

Oh ya..rakan sebilik penulis adalah orang yang sama pada tahun sebelumnya. Beliau ini mendatangi pulau harapan dengan pesawat terbang Air Asia. Berjaya menjenguk ke bilik sekitar jam 6 petang bersama dua beg besar...seolah hendak menunaikan fardhu haji lagaknya.

"Ni bukan beg aku...beg kawan aku...panjang ceritanya..."

Turun dari bilik penginapan, bas untuk menuju ke jejantas telah sedia menanti. Ada tiga buah bas berwarna biru...Berbeza dengan tahun sebelumnya...

"Wah banyak bas tahun ni..."

Sebaik masuk ke perut bas, belum panas punggung di tempat duduk, bas sudah bergerak. Lebih kurang dua minit sahaja bas telah menemui lokasi yang dituju. Tangga untuk memanjat ke jejantas. Kami kemudiannya berjalan melalui jejantas merentasi jalan yang agak sibuk, masuk ke lokasi kampus. Di hujung tangga turun jejantas, bas telah menunggu untuk membawa kami kebilik² kuliah.



Kuliah pertama kami ialah subjek sejarah. Ya..penulis mengambil minor sejarah. Kelas agak menyeronokkan .. dengan pensyarah yang agak ok. Malang ialah...esaimen untuk subjek ini masih belum disentuh...sedang due date ialah pada 31 Januari....rilek ar..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol