PB pertama

Malam esok dah ada PB....

Hai baru hari kedua da ada PB ke? Mujurlah hanya satu sahaja dan subjek pun Bahasa Inggeris..Walau bagaimanapun kena buat preparation gak ... Maklumlah penulis ni bukan pandai bab bahasa asing nih...



GAMBAR HIASAN : KELAS PERTAMA HARI KEDUA

Bercakap tentang bahasa Inggeris..kadang-kadang penulis pelik juga. Negara ini telah sekian lama mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan...namun pengajaran bahasa Inggeris tetap juga diutamakan. Sebagai contoh, untuk subjek Bahasa Malaysia di institusi ini, hanya pelajar tahun satu sahaja wajib mengambilnya. Tetapi untuk pelajaran Bahasa Inggeris, dari tahun satu hingga ke tahun 4 kena ambil..kenapa agaknya?

Kita juga sibuk hendak mendaulatkan bahasa melayu. Kita hampir marah kalau kawan² kita dari bangsa Cina dan India tak berapa pandai cakap melayu..

"eh you duduk Malaysia sudah berapa tahun pun tak pandai cakap melayu lagi ke?" 

Kita biasa dengar perkataan tu. Tapi tahukah kita, pihak yang berwajib seolah tidak beriya-iya hendak me Malaysia kan negara ini.

Sebagai contoh, anak² kita yang bersekolah pagi sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah menengah akan menghadiri sekolah agama pada waktu petang.. 

Jadi apalah salahnya, kalau semua bangsa di Malaysia ini bersekolah di sekolah yang sama. tidak ada sekolah seperti Chong Hwa atau sekolah beraliran tamil lagi. Semua jadi sekolah aliran kebangsaan dan semua wajib ke sekolah kebangsaan tanpa kecuali. Jadi bila kami mau belajar bahasa cina? Bila kami mahu belajar bahasa tamil?

Sabar dahulu....

You all punya sekolah tamil dan sekolah cina you pergi la waktu petang. Macam kami orang melayu pergi sekolah agama waktu petang. You all buat dan buka sekolah cina dan tamil pada waktu petang...ada masalah ke?

Itu hanya selingan....

Petang sebelum menjelang PB pada jam 8.00, pensyarah Bahasa Inggeris kami mengadakan kelas dan membincangkan taktik soalan...

Semasa PB, keadaan agak mengecewakan kerana 

1. Untuk soalan listening, petikan hanya dibacakan sekali ulang sahaja. Maka ramai di antara kami yang gagal mendengar dengan baik...

sekian....Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol