Poligami : Antara keliru dan salah faham
Tajuk ini agak berat untuk diperbincangkan. Mungkin ramai di kalangan muslimah di negara dambaan umat Islam sedunia ini akan begitu cepat mengalihkan tajuk ini daripada menjadi tatapan mereka.
Penulis ingin sekali berkongsi perbincangan hangat yang tidak rasmi yang berlaku di kalangan sahabat² di pejabat penulis.
Alor setar Kedah. Isnin 26. 3. 2016..
Exco agama Dato Rawi telah memberi ucapan di majlis perasmian bangunan baru pejabat kadi daerah yan yang berjumlah rm380 ribu. Beliau berkata dengan terbinanya bangunan pejabat kadi ini telah memberi ruang dan impak yang sangat positif terhadap institusi keluarga di kedah. Dalam ucap tema, beliau telah menimbulkan hasrat tentang kebimbangan lebihan wanita yang berumur dan tidak bertemu jodoh lagi. Jabatan perangkaan telah melaporkan jumlah wanita di kedah adalah 1 nisbah 20. Dengan meringankan serta melonggarkan syarat akan memberi ruang yang lebih mudah bagi para wanita yang semakin hari semakin bertambah bilangan anak dara tua. Antara intipati ucapan beliau
Menetapkan wang hantaran kepada seribu ringgit. Mengenalkan sistem lamaran wanita kepada lelaki yang di sukai. Isteri pertama tidak boleh melarang suami kawin lagi. Hanya golongan lelaki berusia 40an keatas sahaja di benarkan menambah isteri termasuk beliau sendiri. Perkara ini dapat perhatian dan sokongan bukan dari lelaki di kedah sahaja malahan dari pulau pinang dan perlis. Bernama..
Apabila ianya dibaca, maka muncul pelbagai pandangan.
"Sepatutnya isteri tidak diberi peluang untuk menghalang poligami suami mereka di mahkamah" kata satu pandangan.
"Selalunya perempuan la punca konflik. "
"Cammana ko boleh kata seperti itu.."
"ialah...sebagai contoh, HP lelaki yang selalu dilihat dan diperiksa oleh isteri sendiri"
"Itu kan tanda cemburu...cemburu tanda sayang.."
"Kadang-kadang memang kita ada berurusan dengan ramai orang. Sekarang kan semakin mudah dengan aplikasi wassup. Masalahnya kalau berwassup dengan perempuan je dah dituduh itu dan ini..." tanpa sembunyi sahabat tadi meluahkan sesuatu..
"Kadang-kadang memang kita ada berurusan dengan ramai orang. Sekarang kan semakin mudah dengan aplikasi wassup. Masalahnya kalau berwassup dengan perempuan je dah dituduh itu dan ini..." tanpa sembunyi sahabat tadi meluahkan sesuatu..
"Isteri juga selalunya dah kurang beri layanan bila mereka dah meningkat usia. Penumpuan lebih pada anak-anak. Sedangkan kita ni pun kalau boleh hendak dibelai seperti anak bahkan lebih lagi.."
"Makanya. suami mula keluar rumah waktu malam dengan alasan untuk berjumpa rakan-rakan. Itupun disyaki dan ingin diintip oleh isteri..."
"Istilah gatal tu biasa kita dengar.."
Ya..sememangnya institusi poligami dianggap agak janggal dalam dunia bani melayu. Kaum hawa dari kalangan bani Melayu memang sangat phobia dengan istilah ini. Meskipun Islam telah lama bertapak di bumi semenanjung emas ini, namun ianya masih kurang difahami dengan jelas oleh kaum hawa.
"Yelah...sebenarnya suasana persekitaran pun tak membantu perkembangan poligami. Selalunya orang kita akan pandang serong dengan orang yang amalkan poligami."
Makanya maksiat semakin meningkat. Suami-suami miang ini akan tetap tercari-cari orang lain. Mungkin itu sudah ditentukan olehNya, maka itulah antara sebab Dia menghalalkan poligami.
"MAsalahnya, mengapa yang dipilih anak-anak dara sahaja? Janda beranak lapan kenapa tak dijadikan pilihan? Kalau betul nak mendasari sunnah, kenala tengok bentuk yang ditinggalkan oleh Junjungan. Ni pilihan hanya yang bergetah sahaja..."
Ada betulnya juga hujah ini...Namun sebenarnya institusi poligami perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Rasanya tidak pernah kita mendengar mana-mana penceramah wanita yang berani bercerita mengenai poligami yang diamalkan oleh junjungan dan juga sahabat-sahabat baginda. Walau sehebat mana motivasi dan ceramah yang disampaikan, tetapi bila ditimbulkan persoalan tentang poligami, tentu mereka akan kehilangan hujjah dan mati aqal. Perkara ini berlaku sendiri dalam salah satu program yang dikeudarakan dalam Tabayyun oleh salah sebuah saluran televisyen negara. Apabila diajukan apakah pandangan ustazah tersohor tersebut tentang kalau suami ustazah berpoligami, ustazah tersebut agak tergagap-gagap dan cuba melarikan diri dengan membuat jawapan-jawapan yang lain dari yang dipersoalkan. Mungkin kita sebenarnya boleh membuat statistik seramai mana penceramah wanita tersuhur di negara ini yang pernah dipoligami oleh suami mereka? Rasanya macam tak de seorang pun....Kalau ada habaq mai..
Sepanjang ceramah yang dianjurkan tentang bab perkahwinan, keluarga bahagia, mendidik anak, tidak pernah kedengaran penceramah atau penganjur yang mahu mengangkat institusi poligami untuk dibicarakan dengan lebih serius dan acapkali. Yang sering dibawa ialah kebobrokan suami, suami malas, balik kerja duduk depan tv, isteri berhempas pulas memasak didapur. Terlalu stereotype.
Mengapa pula jarang dibawa ke khalayak tentang perasaan sebenar seorang suami. Apakah kehendak sebenar mereka. Apa sebenarnya yang mereka mahu dari isteri mereka. Adakah mereka itu mahu berpoligami kerana runtutan nafsu semata-mata? Apakah dengan berpoligami, maka secara automatisnya mereka sudah jelak dan benci kepada isteri sedia ada?
Selalunya lelaki yang mendambakan poligami tidak tergamak untuk membuang isteri sedia ada. Mereka masih mahu rumahtangga yang telah terbina bertahun lama kekal. Acapkali yang menuntut kepada perceraian dari kalangan wanita yang terasa diri teraniaya apabila suami mula menunjukkan tanda² kecenderungan untuk berpoligami.
Sepatutnya para penceramah dan motivator hebat dari kalangan wanita di negara ini sudah mula berani bercerita mengenai poligami sebenar yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Janganlah kerana takut suami sendiri turut berpoligami, para astizah ini diam menyepi dan takut untuk membicarakan hal dan fakta sebenar. Jika kita rajin menjaja kes isteri Umar yang dikatakan suka membebel dan berleter, mengapa kita tidak highligtkan kisah poligami Umar yang pernah menikahi anak dara Ali Ummu Kalthum? Adakah ada di kalangan para asatizah ini yang berani melabelkan 'gatal' kepada Umar yang menikahi anak dara Ali di usia yang agak lanjut berbanding anak dara tersebut?
Para asatizah juga sering melaung-laungkan bahawa Nabi SAW bukan hanya berpoligami dengan si dara sahaja. Para janda juga turut menjadi pilihan baginda SAW. Cubalah jika suami mereka itu hendak berpoligami dengan janda beranak lima berumur 40an, adakah mereka redha? Adakah mereka terima dengan gembira dan senang hati? Penulis yakin, tentu sahaja dia akan berbelok-belok mencari hujjah lain hingga mencungkil aib suami sendiri dfi hadapan hakim untuk menggagalkan institusi ini...
Seorang sahabat dari Nigeria, menimbulkan rasa hairan dengan muslim di Malaysia. Dia mengatakan, di negaranya, adalah sesuatu yang agak memalukan apabila seorang lelaki hanya bernikah dengan seorang wanita sahaja. Sekurang-kurangnya dengan dua wanita.
Di Malaysia, adalah sesuatu yang memalukan apabila seorang suami menikah seorang lagi. Sang isteri akan merasa gundah gulana, dihina dan diumpat dan sebagainya oleh rakan dan masyarakat ...
Wallahu a'lam
Ulasan