Demo Jatuhkan Sistem Riba

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


Gegak gempita seluroh negara semalam (kununnya) apabila pasukan yang dipimpin oleh seorang mahasiswi mara mengarak dan menunjuk-nunjuk akan perasaan mereka kepada umum akan pandangan mereka yang dikatakan beriya-iya untuk mendukung penangkapan MO1. Meskipun tiada lintas langsung yang dibuat oleh media massa utama negara, namun satu dunia sudah maklum mengenai perarakan yang diterajui oleh mahasiswi tersebut.



Dikhabarkan sekitar lebih 1000 orang terlibat dalam perhimpunan yang disifatkan oleh ketua pasukan merah sebagai perhimpunan 'kanak-kanak' dan hanya akan dihadiri oleh kurang daripada 1000 peserta.

Mungkin bagi golongan yang berpihak kepada kerajaan akan melihat bahawa gerakan ini merupakan satu gerakan untuk menjatohkan kerajaan sedia ada dan ianya seharusnya dikekang daripada berlaku.

Sesetengah pihak melihat bahawa gerarakan ini bukan mendapat sokongan padu majoriti rakyat negara ini dan oleh itu ianya hanya sebagai sebahagian daripada acara yang biasa diadakan di ibu negara. Tiada apa yang perlu dibimbangi.

Sudah terlalu banyak sebenarnya himpunan rakyat yang diadakan di kotaraya negara ini namun kebanyakannya tidak membuahkan hasil seperti mana yang diharap-harapkan. Jika dilihat untuk menjatuhkan kerajaan, himpunan reformasi tahun 1998 sepatutnya telah berjaya meraih sokongan yang lebih besar namun kerajaan tetap utuh dan dipimpin oleh pimpinan parti yang sama sehingga kini!!



Makanya, dengan mengambil contoh tersebut, adalah sepatutnya jika benar kerajaan sedia ada ini boleh dijatuhkan melalui himpunan awam, ianya sudah tentu jatuh pada tahun 1998 tetapi ianya tetap tidak berlaku dan itulah keunikan negara ini.

Namun adalah sesuatu yang aneh pabila gerakan-gerakan himpunan atau demonstrasi yang dilakukan saban tahun tetap 'digeruni' oleh pihak berkuasa hingga memaksa mereka melakukan tindakan undang² guna menyekat saluran demokarsi rakyat untuk mempamerkan perasaan dan gelodak di dada mereka...

Himpunan kita tidak seperti himpunan di kota Bangkok yang mampu mejerumuskan pihak pemerintah menyembah bumi. Itulah keunikan negara ini. Biar apapun isu yang cuba diketengahkan oleh parti politik mahupun NGO, namun ianya seolah angin lalu yang hanya bisa menyapa lembut wajah rakyat negara ini tanpa mampu menggoyangkan walau sehelai buku roma pun yang terdapat di permukaan wajah...

Oleh kerana parti agama adalah di antara parti politik yang istiqamah untuk tidak menghadiri himpunan kali ini, maka adalah menjadi tanggungjawab sebenar parti ini untuk memperjuangkan sesuatu yang lebih menguntungkan Islam, selaku asas perjuangan mereka. Tidak pula kita pernah mendengar desakan parti agama ini untuk mengharamkan transaksi riba di bank-bank dalam negara ini. Mungkin disebabkan kelunakan pihak pemerintah yang telah menjalankan dwi sistem perbankan di dalam negara maka parti agama seolah melihat sudah ada kehendak atau iqtikad pemerintah untuk ke arah tersebut maka ianya tidak perlu disuarakan lagi.

Sepatutnya setiap muslim di dalam negara ini lebih keras dan tegas menolak sistem ribawi dalam perakaunan dan sektor kewangan negara kerana ianya ternyata hanya mendatangkan bala dan kemurkaan Allah semata-mata. 

Apalah gunanya beriya-iya melaksanakan hukuman had tetapi masih selesa dan membiarkan sahaja ribawi menguasai kehidupan manusia? Apakah yang lebih penting untuk dilaksanakan , hukuman had atau pengharaman total sistem ribawi? Bukankah junjungan Mulia SAW telah berpesan dengan jelas dalam khutbah terakhir baginda agar melepaskan diri daripada sistem ribawi? Adalah Nabi SAW ada berpesan berkaitan pelaksanaan had di dalam sistem negara yang perlu diutamakan dari perkara lain?

Image result for sistem riba

Dimanakah sebenarnya yang perlu diutamakan? Pelaksanaan hukum had atau pengharaman ribawi? Dimanakah para ulama dan mufti dalam negara tercinta ini? Bilakah agaknya himpunan menolak sistem ribawi secara mutlak hendak di buat dan dihadiri oleh semua muslim di jalan-jalan raya? Sampai bila kita harus 'redha' dan memejam sebelah mata dengan sistem kewangan ini sedangkan Allah dan Rasul mengisytiharkan perang terhadap pengamal riba? 

Kisah riba sangat jelas dalam al quran. Kisah tangkapan MO1 masih samar dan masih boleh dipertikai. Kisah BERSIH juga masih samar dan berkelubung bersama LGBT dan sebagainya yang ternyata jauh dari kebersihan dan kesucian sebenar

Kita masih sibuk dengan tuntutan BERSIH, tuntutan tangkap, dan lain-lain tuntutan berbau demokrasi busuk ciptaan barat....Bila parti agama hendak berbuat? Takkan seqadar mendirikan tugu sahaja di bekas tapak banjir besar tetapi terlupa menyediakan tapak rumah untuk magsa banjir yang masih ketiadaan rumah?

Wallahu a'lam



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol