Menggapai Kepimpinan Al Fateh
Al Fateh adalah nama besar dalam rantaian senarai para pejuang Islam yang dipercayai oleh banyak pihak adalah batang tubuh yang diramalkan dalam hadith Junjungan Rasulullah ﷺ
Dari Abdullah bin Bisyr Al Ghonawi, ia berkata: Bapakku telah menceritakan kepadaku: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
لَتُفتَحنَّ القُسطنطينيةُ ولنِعمَ الأميرُ أميرُها ولنعم الجيشُ ذلك الجيشُ
“Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu“ (Riwayat Ahmad, Bukhori, Ibn Asakir dan Thabrani)
Batang tubuh Al Fateh yang dibicarakan dalam program tengahari tadi mampu memberikan ledakan jiwa penulis dan pendengar. Ustaz Syaari Abd Rahman tidak pernah gagal dalam membuat sentuhan dengan sandaran wahyu ilahi.
Dia berjaya mengaitkan insiden kelewatan kedatangan beliau pada program tadi yang dihalang oleh kemalangan dengan insiden yang berlaku ke atas Nabi Allah Sulaiman a.s yang diabadikan Allah dalam surah An Naml dimana bala tentera Nabi Allah Sulaiman telah terhalang seketika dek seruan permaisuri semut terhadap rakyatnya agar berwaspada terhadap tentera Sulaiman a.s.
Dalam insiden inilah, maka Sulaiman a.s telah mengambil peluang untuk memeriksa barisan tenteranya yang menyebabkan baginda menyedari akan ketiadaan hud-hud daripada barisan pasukannya yang telah terbang tanpa izin mendapatkan info dari negeri Saba berkaitan Balqis yang menyembah matahari bersama rakyatnya.
Al Fateh, meski baru berusia 21 tahun, telah berjaya menembusi kota konstantinople yang menjadi idaman dunia tatkala itu. Berbekalkan semangat selepas 'dirundum' kekalahan, baginda telah berjaya menguasai kota tersebut selepas 30 hari mengarahkan kerja 'gila' dalam hanya satu malam, memindahkan kapal perang melalui jalan darat sejauh 5.4 km!!!
Selaku seorang pentadbir, atau manusia, sebenarnya ada potrensi diri yang masih tersembunyi dan gagal untuk dikeluarkan atau dimaksimumkan dek kerana terperangkap dengan zon selesa. Ada kalanya, ia perlu dipaksa untuk dikeluarkan untuk menjadi berjaya. Mudah bagi Allah untuk mengangkat sesiapa sahaja .. asalkan ada keimanan dan keyakinan yang unggul terhadapNya...
Hanya Al Quran dan Sunnah sebagai pengubat jiwa duka dan lara. Hanya dengan surah al insyirah, kiriman surat dari Syekh Aq Shamsudin, Al Fateh kembali bersemangat menerobos kota constantinople...
Wallahu a'lam
Ulasan