Memburu lanun Mersing
Hari ke 28 Bulan Rabiul Akhir tahun ke 1439 dari kelahiran Ar Rasul ﷺ sepasukan lelaki telah digerakkan untuk misi mencari lokasi yang sesuai bagi pelaksanaan program anak soleh 2.0 yang dijangka sekitar akhir Jamadil Akhir dalam waktu cuti sekolah pertama. Program dijangka dilaksanakan selama tiga hari dua malam.
Pasukan ini bergerak menuju ke daerah kediaman penulis menjelang waktu isyraq dan menemui destinasi daerah kediaman penulis sekitar waktu dhuha. Di dalam perut van terdapat lima lelaki yang merupakan veteran pasukan fasilitator yang masyhur sekitar lima hingga enam tahun yang lalu. Pasukan tersebut masih bersembunyi sehingga tahun 2017 dan dijangka melakukan 'come back' mulai Jamadil Akhir kelak. Ditambah dengan seorang pemuda yang baru membantu pasukan ini.
Pergerakan kami berhenti seketika di restoran Ikhwan, yang merupakan milik pengusaha GISB dimana mereka dahulunya dikenali sebagai kumpulan Rufaqa yang mana sebelum itu adalah merupakan jamaah Darul Arqam yang begitu popular beberapa tahun lampau. Restoran ini menghidangkan menu minum pagi yang biasa sahaja.
Kami kemudian bergerak menuju ke destinasi. Perjalanan diisi dengan perbualan berkaitan kerja dan sebagainya, dimana kami sudah agak lama tidak dapat bermusafir bersama².
Destinasi pertama ialah chalet di Pasir Lanun. Terdapat beberapa perubahan yang berlaku di sekitar chalet tersebut. Terdapat bangunan yang sedang dalam pembinaan.
Berkebetulan kami bertemu dengan pemilik chalet. Lelaki yang agak berusia dan beliau menunjukkan bekas jahitan akibat pembedahan yang dilaluinya beberapa minggu lepas.
"Kanser usus tahap 3.." kata pemilik chalet memulakan kisahnya.
"Mula² g specialist kena bayo RM20k dalam masa seminggu...mana ada duit?"
"Entah macammana, doktor tu tulis surat masuk sampul suh pegi hospital sultan ismail JB..."
"sampai sana, doktor tu suh bayar RM7,000 sahaja. Tapi kena beli stokin bedah harga RM70 dan tiub harga RM2,000 kt farmasih. Dia bagi surat.Kita tunjuk je kat farmasi tu..."
Agak banyak memori tentang fasi di pasir lanun. Kunun katanya dahulu kawasan ini adalah lokasi lanun berehat serta tempat ditanam hartanya. Namun lokasi sebenar penanaman harta masih tidak dapat ditemui.
Seusai lawatan, kami bergerak untuk mencari lokasi menikmati hidangan. Kunun katanya hendak pergi ke kedai makan yang menghidangkan 99 jenis lauk...
Seusai jamuan tengahari, kami terus bergerak ke lokasi lawatan seterusnya. Namun, kawasan tersebut agak menghampakan dan kelihatan misteri. Ianya juga tidak begitu sesuai untuk program kerana keluasan kawasan yang agak terhad.
Kami menunaikan solat zuhur di jame atas bukit menghadap ke lautan lepas China Selatan. Keputusan telah di ambil....

Ulasan