Wahabiah : Polemik Yang Berterusan
Wahabi dianggap satu penyakit dalam masyarakat muslim, khususnya di Semenanjung Emas. Beberapa negeri yang begitu kritikal terhadap ajaran ini telah mengambil jalan 'selamat' dengan melakukan tekanan dan menggunakan kuasa sedia ada untuk melemahkan pendokong ajaran seumpama ini.
Adakah selepas ini akan timbul pula golongan yang menunaikan umrah dan haji, tetapi solat di dalam bilik hotel dengan alasan tidak boleh berimamkan orang yang sesat, iaitu imam² masjid haraam dan masjid nabawi?
al-Bazzar dan at-Tabaraniy meriwayatkan hadis daripada Abi ad-Darda’ yang beliau nyatakan secara marfu‘:
, الصَلَاة فِي المسجد الحرام بمائة ألف صلاة ، و الصلاة في مَسْجِدِي هَذَا بأَلْفِ صَلَاةٍ و الصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة -
“Solat di Masjidil Haram (ganjarannya) adalah sebanyak seratus ribu (100,000) solat dan solat di masjid ku ini (Masjid Nabawi) (ganjarannya) adalah sebanyak seribu (1000) solat dan solat di Baitul Maqdis (Masjid al-Aqsa) (ganjarannya) sebanyak lima ratus (500) solat.”
Kata al-Bazzar: Isnadnya Hasan. Maka dengan itu, menjadi jelas bahawa pengecualian Masjidil Haram membawa maksud keutamaannya ke atas Masjid Nabawi (www.aljamaah.sg)
Apakah akan muncul golongan yang meninggal di al haramain dan kemudian dibawa pulang ke bumi semenanjung emas kerana tidak mahu diuruskan oleh tangan² sesat bergelar wahabi, dan tidak rela akan jenazahnya itu dikebumi tanpa talqin? Walhal Junjungan ﷺ menyatakan
مَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ , فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا
Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberikan syafaat kepada sesiapa yang mati di sana (Riwayat Ahmad & Tirmizi)
Hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. setiap kali bermalam di rumahnya, baginda akan keluar menuju ke perkuburan al-Baqi’ pada saat hujung malam dan baginda mengucapkan;
السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ، وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ، غَداً مُؤَجَّلُونَ، وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ؛ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ
“Selamat sejahtera ke atas kami para penghuni kediaman kaum yang beriman. Telah datang kepada kamu apa yang dijanjikan untuk kamu. Kami –Insya Allah- akan mengekori kamu. Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untuk para penghuni perkuburan Baqi ini” (HR Imam Muslim)
Jelas kelihatan pengharaman ajaran ini dibuat atas empat asas utama ini sahaja yang masih boleh dipertikaikan. Adakah ini bermakna selepas daripada ini, ajaran mazhab lain selain Syafie juga bakal diharamkan kerana ketiga² mazhab besar ini menolak bacaan qunut pada waktu subuh?
Adakah agama ini berasaskan kepada bersangka sangkaan sahaja atau bagaimana?
Wallahu a'lam
Rujukan :
______________. Solat Di 3 Masjid Utama: Masjidil Haraam, Masjid Nabawi dan Masjid
Aqsa. Al Jamaah Sg. Tarikh akses Februari 11, 2018
daripada http://www.al-jamaah.sg/
Mat Jahaya. F. B. (2012). Cita Cita Mati di tanah Haram. Dr Fathul Bari Meniti Jalan Nabi
dan Para Sahabat. Tarikh akses Februari 11,2018
daripada https://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/06/02/cita-cita-
mati-di-tanah-haram/
Ulasan