Pasir Lanun : The Beginning Or The Last Episode
28 Jamadil Akhir dari 1439 Tahun Hijrah Ar Rasul....
Projek pertama yang dilancarkan pada tahun masehi 2018 yang dihadiri oleh penulis. Mesyuarat penyelarasan diadakan dua minggu sebelum program bermula. Kekuatan fasi adalah hanya seramai lima orang fasi sebenar, seorang penceramah dan imam dan empat orang urusetai yang terpaksa memakai baju fasi juga. Penulis telah diangkat sebagai KF dan ini merupakan pertama kali memakai gelaran tersebut...
Projek kali ini agak berat bagi penulis kerana peserta seramai 59 orang dan kekuatan fasi yang terhad. Mujurlah pada hari kejadian, wujud fasi tambahan seorang yang sebelum ini tidak dapat hadir. Kami bergerak ke Pasir Lanun Mersing sekitar jam 8 pagi dengan van. Tayar van dilaporkan pecah di Ayer Hitam menyebabkan jadual perjalanan sedikit terganggu...
Kami singgah di Kahang untuk menikmati sarapan pagi. Kemudian perjalanan diteruskan dan kami tiba di lokasi sekitar jam 11.30 pagi. Peserta tiba sekitar jam 11.45 pagi. Sebaik selepas menikmati jamuan tengahari yang dibawa dari ibu pejabat, kami bertolak untuk mengerjakan solat Jumaat di masjid yang berhampiran.
Solat Jumaat di masjid tersebut yang agak kecil ukuran tetapi padat jamaahnya. Terdapat jenazah yang hadir ketika khutbah dibacakan. Seusai solat, kami menjama dengan Asr. Kemudian, bergegas menaiki bas kembali ke tapak kem.
Program diteruskan dengan taklimat oleh KK dan taaruf bersama fasi. KK dipegang oleh Ajak manakala al fadhil berperanan sebagai pembantu beliau. Seusai taklimat, pelajar masuk ke dewan dan diperkenalkan dengan lagu tema dan juga al asma ul husna.
Kemudian ialah sesi ice breaking diikuti dengan sesi pembentukan kumpulan. Pembentukan kumpulan pada kali ini disertai oleh fasi yang bertugas memandu peserta serta bertaaruf dengan peserta secara lebih dekat.
Makan malam bermula jam 7 malam dan kemudian kami solat jama Maghrib dan Isya diikuti tazkirah oleh Baba. Seusai tazkirah, pembentangan kumpulan bermula seingga jam 11.30 malam.
Hari kedua bermula seawal jam 4.30 pagi dengan acara qiam al lail. Untuk pertama kali, penulis menyertai perkumpulan qiam. Meski penulis tidak bersetuju dengan istilah qiam berjamaah, namun sebenarnya, hakikat yang diajar oleh Baba ialah qiam ini sebenarnya solat bersendirian juga. Cumanya ia dipandu dan terasa bersemangat pabila dilaksanaka beramai².
Seusai solat Subuh, peserta menyertai regangan dan sedikit sukan. Penulis dan sahabat PH berserta al Fadhil Baba menikmati maggi yang dimasak oleh urusetia, yang pada hemat penulis, adalah yang terbaik sejak beberapa tahun ini...
Taklimat kembara diadakan sesudah regangan dan selepas sarapan, peserta melaksanakan solat sunat Dhuha. Kemudian, trekking berlangsung dengan bimbingan staf Pasir Lanun. Kami melaksanakan tugasan tagging di laluan kembara seperti biasa. Terdapat lima CP yang perlu dilalui oleh peserta.
Kembara hanya bermula sekitar jam 11.30 pagi dan berakhir sekitar jam 5.30 petang. Penulis bertugas di CP yang membicarakan mengenai wudhuk, tayammum dan solat fardhu.
Seusai kembara, kami menikmati mandian di pantai sehingga menjelang jam 7 malam. Seusai membersihkan diri, solat maghrib dan Isya didirikan secara jama dibawah kepimpinan al fadhil Baba. Seusai solat, PH mengadakan refleksi kembara dan dijama dengan Oh Ibu. Ini merupakan satu inovasi yang julung kali diadakan oleh kumpulan ini.
Perkara ini memberikan implikasi baik dimana masa menjadi agak senggang dan peserta boleh menikmatitidur lebih awal. Acara qiyam juga dapat dilaksanakan pada malam kedua ini dengan solat sunat tasbih.
Seusai kuliah Subuh, sekali lagi kami menikmati maggi bersama urusetia. Hari ini agak genting kerana pengerusi kelab sendiri akan turun memberikan buah bicara kepada peserta. Sebelum sarapan, peserta dibawa menikmati sukan pelik yang menggunakan kain pelikat dan juga bola. Satu inovasi yang telah lama dilakukan oleh kumpulan ini...
Selepas sarapan pagi, acara spot check kebersihan dorm dilaksanakan. Kemudian, pengerusi kelab tiba dan acara bersama beliau bermula.
Sekitar jam 12, acara penutup bermula dan seusai zuhur, semua peserta sudah menaiki tangga bas untuk pulang ke rumah masing-masing.
Meski kekurangan fasi, pasukan ini mampu melakukan tugasan dengan baik dan cemerlang. Perkara ini seharusnya dipuji dan diteruskan. Urusetia yang kurang pengalaman berkaitan dunia fasi seharusnya tidak terlalu mencampuri urusan modul. apalagi jika memberikan komentar pedas di hadapan peserta. Mungkin peserta tersilap mengumumkan urusetia memakai dua baju.
Adakah program ini merupakan yang terakhir untuk tahun ini atau sebaliknya? Moga Allah mengampuni dan memberkaiti semua yang terlibat.
Wallahu a'lam
Ulasan