Tak hadir maulid : pembenci rasul?

Acara sambutan maulid tahunan di organisasi berjalan sebagaimana rutin tahunan. Negeri yang berpegang kepada aliran Asyai'rah Wa Maturidiah nusantara pastinya tidak akan terlepas daripada melaksanakan salah satu bentuk ritual tahunan mereka untuk membesarkan hari ulangtahun kelahiran Junjungan Besar Muhammad ﷺ. Ijtihad mereka adalah untuk menghidupkan suasana kecintaan dala diri umat akhir zaman yang semakin leka.

Namun ada segolongan yang enggan melakukan ritual tahunan tersebut. Alasan tuntas yang diberikan ialah, para sahabat, tabiin, tabi' tabiin tidak pernah melakukannya, sedangkan mereka adalah merupakan generasi terbaik yang pernah dilahirkan !!

Polemik ini tidak pernah ada titik akhirnya. Hampir saban tahun, kedua² pihak akan saling memberikan hujjah masing². Namun keadaan ini tidaklah hingga menimbulkan kekacauan, ancaman, himpunan aman atau pembunuhan. Masing ² profesional berpegang kepada hujjah masing² meski diakui wujud golongan ghulat di kedua² pihak, namun keadaan masih terkawal.

Tiada siapa boleh mendakwa pihak mereka yang paling benar kerana kedua² pihak beralasan atas kecintaan mereka kepada Junjungan ﷺ . Yang menolak adalah kerana bukan mereka membenci junjungan ﷺ, tetapi lebih kepada tidak mahu terhitung dari kalangan mereka yang suka mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan agama. Jika diperhatikan kepada perlakuan para sahabat sendiri yang begitu sensitif terhadap sebarang perlakuan yang menyalahi sunnah, maka tidak hairanlah jika golongan yang benar² ingin kepada ketulenan pegangan terhadap al quran dan sunnah akan sangat memelihara diri, keluarga dan juga rakan taulan mereka daripada kesesatan Namun sayangnya, golongan ini difitnah sebagai mereka yang rosak pegangan aqidahnya oleh pihak yang lagi satu.

Pihak yang begitu asyik dengan perayaan tahunan ini juga ada kalanya tersasar hingga menjadi golongan ghuluw hingga berani mendakwa Junjungan  hadir secara jaga dalam majlis anjuran mereka.

Kaedah pendekatan terbaik untuk merapatkan hubungan mereka ialah dengan tidak membesar²kan perkara² yang menjadi perbalahan seperti masalah bidaah dan hukum meraikan atau mengadakan maulid. Yang menyokong maulid, sila teruskan tetapi jangan sekali² menghukum mereka yang tidak meraikan sebagai sesat dan pembenci Nabi, nauzubillah. Manakala yang tidak meraikan, berlapang dada dan tidak menyesatkan mereka yang meraikannya. Kita semua sama² mencintai junjungan  dan kita ada cara tersendiri untuk mengagungkan serta memuliakan baginda. Yang salah ialah golongan ekstrem dan ghuluw yang wujud di dalam kedua² kelompok itu...

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol