Tips menjadi pelajar PJJ
Selaku pelajar berusia yang baharu hendak kembali ke dunia akademik, terdapat beberapa perkara yang boleh penulis kongsikan dan dianggap sebagai tips. Antara yang paling penting ialah persediaan daripada segi mental dan fizikal di sepanjang pengajian.
Tanpa dinafikan, selaku pelajar dan pekerja, terdapat banyak ujian dan halangan yang bakal mendatang. Selain pekerja, satu lagi tanggungjawab yang harus dijalankan ialah sebagai ketua keluarga (khusus untuk yang sudah beruamhtangga)
Ramai di kalangan rakan² penulis yang berjaya mengharungi tahun pertama sahaja. Kemudian mereka drop pengajian dengan beralasan yang sama - akan sambung di tahun berikutnya. Namun, pengalaman menunjukkan yang drop akan terus hilang hinggalah batch penulis selesai menghadiri majlis konvokesyen.
Sebelum berkisah dan berhikayat mengenai tips, maka kita lihat terlebih dahulu cabaran yang wujud, antaranya;
1. Membahagikan masa
Agak mencabar sebenarnya untuk kita membahagikan masa antara tugas selaku seorang pelajar, seorang pekerja dan juga ketua keluarga. Secara teorinya, mana mungkin kita boleh melaksanakan kesemuanya sekali harung. Perlu ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Kebanyakan masa selaku pelajar pjj (ini adalah berdasar kepada pengalaman pjj di USM) banyak dihabiskan untuk menyiapkan tugasan sebelum berlakunya pertemuan pada minggu intensif.
Minggu intensif adalah pertemuan secara bertatap muka di antara pelajar PJJ dan juga pensyarah. Selama lebih kurang tiga ke empat minggu, kesemua pelajar PJJ USM akan dikumpulkan di kampus induk USM di pulau mutiara untuk menghadiri sesi kelas dan juga peperiksaan berterusan (PB). PB adalah penting untuk mendapatkan atau mengumpul carry mark sebanyak 40% sebelum menghadapi final exam yang membawa markah keseluruhan sebanyak 60%.
Kegagalan untuk menyiapkan tugasan sebelum minggu intensif bakal mengundang masalah untuk membahagikan masa antara peperiksaan dan penyiapan tugasan. Walau bagaimanapun, stigma ni biasanye menghantui pelajar tahun satu sahaja. Naik tahun kedua, dah mula belajar sikit² buat tugasan masa minggu intensif.
Semasa minggu intensif, penulis biasanya akan pulon habis untuk study. Biasanya, pensyarah akan memberikan tips bahagian atau juzuk mana yang perlu dicover untuk menghadapi PB. Jadi, jangan buang masa. Terus study untuk subjek yang telah dispotkan. Tetapi untuk menyiapkan proses mentelaah bukannya senang. Subjek yang perlu dibaca bukan hanya satu dua subjek sahaja. Bahkan sampai berbelas subjek. Katakan, satu subjek kena cover 5 topik pun dah cukup memeningkan....
Selepas balik intensif, selalunya semangat untuk study masih membara. Antara 50 ke 80%. Tetapi, selepas seminggu berada di rumah, semangat itu menurun hingga mencecah 5% sahaja...hahaha
Mana tidaknya, bila dah penat di pejabat, balik nak buka nota dalam portal pun mula malas dan bile membaca beberapa ayat, dah mula mengantuk...
Tetapi sebenarnya, untuk lulus peperiksaan, cukup dengan bergantung kepada rakaman kuliah di dalam portal dilihat dan difahami sebanyak 3 kali ulang. Jika sekiranya pensyarah agak 'kedekut' untuk berkongsi slide, maka kita selaku pelajar kena ada cara dengan print screen setiap slide dan dimasukkan ke dalam power pint. Meski agak merimaskan, namun hasilnya agak lumayan, Alhamdulillah.
2. Cabaran keluarga
Keluarga perlu diurus dengan sebaiknya sepanjang kita bergelumang dengan program PJJ ini. Kegagalan untuk diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kita kehilangan arah...Sebagai cuntuh, semasa menghadiri kursus intensif selama lebih kurang sebulan, persiapan berkaitan anak² perlu disusun rapi dengan bantuan isteri. Ya...isteri perlu memahami asbab kita melanjutkan pengajian. Jika dia faham, Insya-Allah semua terkawal. Penulis menghadapi ujian juga semasa hendak melalui final pada tahun kedua dimana isteri semasa tahun tersebut beriya-iya hendak berpindah ke rumah baharu. Namun, akhirnya, keputusan final adalah baik..masih bertahan pada 3.00 pointer...
3. Cabaran rakan
Antara cabaran di kalangan rakan yang bersama dengan PJJ ialah untuk mendapatkan kesetiaan. Fuhh..kesetiaan bagaimana? Kesetiaan untuk menyiapkan tugasan. Setiap subjek pasti ada tugasan yang bernilai 20%. Dan, kebanyakan tugasan adalah perlu dilaksanakan dalam kumpulan. Pelik bukan? Persepsi awal penulis sebelum menyertai PJJ ialah tugasan tentu dibuat secara individu. Tetapi realitinya adalah meleset. Tanpa menafikan wujud juga pensyarah yang mahu tugasan dibuat secara individu atas alasan kewujudan geng penumpang dan parasit dalam setiap kumpulan tugasan yang wujud, namun tugasan secara kumpulan juga terdedah kepada beberapa isu sebagaimana berikut :-
i. tugasan di sub kepada pihak ketiga dimana ahli kumpulan hanya membuat bayaran sahaja kepada agen untuk tugasan yang disiapkan;
ii. wujud kumpulan yang hendak melakukan sendiri tetapi menciplak dan mengambil tugasan orang lain - ini sangat bahaya;
iii. wujud ahli kumpulan yang ikhlas dan bersama dengan ahli curang yang hanya goyang kaki dan ingin nama ditempel di atas kertas tugasan semata-mata serta rela membuat bayaran kepada ahli yang lain;

iv. wujud ahli yang tidak setia - menghilangkan diri di saat-saat akhir tarikh penghantaran sedangkan terdapat beberapa bab yang tidak ditulis lagi oleh makhluk yang lari tu...
Cabaran rakan yang lain ialah ketika berlangsungnya minggu intensif. Jika kita bukan kaki berjalan dan melancong dan kita dapat sebilik dengan kaki melancong, ada baik dan buruknya juga. Kebaikannya, mungkin kita akan selalu ditinggalkan kesepian yang menyebabkan kita lebih 'aman' untuk study (kununnye). Keburukannya, ada kemungkinan kita juga akan terjebak untuk menyertai misi pelancongannya yang menyebabkan minggu² intensif yang sepatutnya menjadi saat² pertapaan untuk meningkatkan ilmu akan bertukar menjadi minggu melancong yang mengakibatkan kita sesak nafas di saat² akhir sebelum masuk ke bilik PB!!!
Namun penulis bersyukur kerana dikurniakan rakan sebilik yang sederhana. Keluar pun setakat makan KFC di luar pagar universiti sahaja. Paling jauh pun menikmati nasi kandar di kedai pelita dengan hanya berjalan kaki.
Wallahu a'lam

Ulasan