Persoalan Yang Sering Bermain Di Bibir Ketika Kunjungan Syawal
Syawal ke 6 tahun 1440 daripada hijrah Ar Rasul
Kemeriahan syawal, sebagaimana lantunan bahasa yang sering mewarnai media masa khususnya media hiburan - masih hangat dirasai. Meski tiada sebarang rekod yang menunjukkan Junjungan ﷺ meraikan syawal hingga ke angka 30 hari, begitu juga dengan para sahabat dan salaf -as soleh, namun pengikut² baginda, khususnya yang berada di hujung semenanjung emas, yang saban minggu mengaku beraqidah ahli sunnah wal jamaah aliran asya'irah dan al maturidiah (dan menggelapkan satu lagi aliran dalam mazhab aqidah tersebut yang dikenali sebagai ahli-hadith), akan terus menggembirakan diri mereka dengan mereka-reka amalan syawal dengan mengkhususkan kepada ziarah, makan dan ketawa. Ini ditambah lagi dengan pemikiran aliran moden yang menggalakkan kepada amalan open-house, dimana beraneka juadah disajikan kepada para tetamu. Meski dinamai sebagai 'open-house' ianya tidaklah terlalu 'open' hingga membolehkan seluroh penduduk di sesuatu muqim, atau taman perumahan boleh hadir menyertai acara tersebut. Biasanya tuan rumah akan membuat jemputan khas, sama ada melalui wassap kumpulan atau wassap peribadi, atau lebih formal, dengan mengedarkan kad jemputan kepada tetamu yang terpilih...
Tidak pernah pula amalan iftaar diadakan sebagaimana amalan rumah terbuka aidilfitri. Ini kerana amalan iftaar bersifat lebih fokus dan kurang diserikan dengan acara muzik. Namun jika acara rumah terbuka atau jamuan hari raya, ianya bakal diserikan dengan artis sama ada yang popular atau biashe-biashe, namun yang penting adalah kewujudan artis.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, setiap kali sambutan eid dinamakan, maka jumhur artis malaya adalah makhluk yang paling terlebih gembire dan sambutan hari rayanya, sehinggakan telah berlaku kegembiraan ke atas mereka itu dalam bulan ramadhan, bagi acara rakaman...lebih awal daripada makhluk lain di muka bumi Allah ini...
Acara ziarah, yang merupakan perkara asas dalam sambutan eidfitr, akan bermula sebaik selesai solat sunat eid. Apabila bertemu dengan sanak saudara, sepupu, karib kerabat, iar duai, antara perkara yang sering menjadi topik perbualan ialah sebagaimana berikut :-
- kepada yang masih bujang, "bila nak kahwin?"
- kepada yang sudah berkahwin," bila nak dapat anak?"
- kepada yang sudah beranak, "bila nak tambah anak?"
- kepada yang baharu selesai pengajian, " dah up-grade ke jawatan?"
- kepada yang sedang mengikuti pengajian, "bila bak grade?"
- kepada yang masih menganggur, "dah dapat kerja?"
- topik semasa berkaitan politik
Namun, ada juga soalan rare yang tidak mungkin dapat kita dengar semasa acara ziarah hari raya,
- dah ready ke nak meninggal? tahun depan belum tentu jumpa lagi..
- selesai ke khatam al quran tahun ni 30 juzuk?
- amacam ramadhan ni, agak² diterima ke tidak?
- bila tarikh ramadhan tahun akan datang ekk?
- subuh pagi tadi gi masjid tak?
- apa topik khutbah raya tadi eh?
Moga² Allah memberkahi golongan yang tidak berlebih-lebihan dalam sambutan eid...
Wallahu a'lam
Ulasan