Kisah Hari Terbuka di sekolah......

Hari ke 12 dalam bulan syawal - antara hari² kegembiraan segelintir puak syawalian yang tidak putus mensyukuri kedatangan bulan ini, hingga wujud pentaksub yang berlebih-lebihan dalam pengimarahannya....

Penulis diberitahu agak lewat oleh anak² berkaitan acara tersebut. Yalah...bukan salah mereka pun. Pihak yang menganjurkan yang lewat mengeluarkan notis. Ibu bapa agak kelam kabut juga untuk menguruskan masa. Mahu tak mahu terpaksa juga pergi untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan anak² di sekolah...Namun keadaan ini sering berulang saban tahun. Mungkin pihak penganjur memikirkan yang ibu bapa bekerja sendiri agaknya. Boleh cuti hanya dengan short-notice sahaja ...

Related image

Kebiasaannya sekolah akan mengadakan hari terbuka bersama² dengan sekolah agama. Ianya agak memudahkan ibu bapa. Tidak perlu mengambil cuti dua kali hanya untuk menghadiri hari terbuka di bangunan sekolah yang sama.

Sekitar jam 0900 penulis dan isteri telah memperagakan diri di hadapan pagar sekolah. Kehadiran kelihatan sudah mula ramai berdasarkan kepada petunjuk deretan kenderaan yang parkir di hadapan pagar sekolah. Nak dapatkan parkir sahaja sudah mengambil masa. 

Image result for kantin sekolah

Dek kerana hari terbuka untuk sekolah agama berada di kantin sekolah dan kebanyakan ibu bapa tertumpu ke sana, maka penulis dan isteri hanya berjaya ke sana untuk kelas tahun tiga sahaja, kerana lokasi masih kosong dan berasas untuk ditunggu. Tiada barisan panjang. 


Seusai di situ, kami masuk ke kelas SK. Penantian tidak memakan masa yang terlalu panjang untuk kedua dua kelas, tahun lima dan tahun tiga.

Kembali ke kantin untuk ke segmen sekolah agama tahun lima. Hendak mencari kelas pun satu hal. Guru-guru duduk di meja kantin panjang. Susun atur meja kantin tidak langsung diubah untuk keselesaan ibu bapa. Kemudian, wujud guru yang mengajar dua kelas sekali, contohnya tahun lima dan tahun tiga. Ini menyebabkan barisan menjadi panjang. Ditambah dengan wujudnya ibu bapa yang berbual melebihi lima minit. Kemudian sudah berbaris panjang, tiba² muncul bapa dan anaknya yang memotong barisan. Kununnya tidak boleh menunggu lama dek kerana tugas yang menghambat. Eh, orang lain pun banyak tugasan dan ada yang tidak mengambil cuti, mohon keizinan majikan untuk keluar sebentar. Namun, guru yang bertugas pun tidak memberikan respon menghalang kepada bapa yang memotong barisan. Maka kesudahannya kita yang merana menunggu lama, orang yang memotong barisan terus ambil kad laporan dan menghilang. Alangkah mudahnya...

SKetsa 1 zulkaedah di sekolah menengah pula...

Masa pengambilan kad laporan dikatakan bermula pada jam 1100 pagi. Kununnya ada jamuan hari raya pada sebelah pagi...jamuan hari raya 1 zulkaedah? Bila dikatakan syawalian, marah pula...

Penulis hanya muncul beberapa minit sebelum azan zuhur berkumandang. Ibu bapa diberikan no untuk bertemu dengan guru. Pabila azan, penulis meninggalkan kelas. Sebaik kembali, giliran masih belum sampai. Ibu bapa yang berbual memakan masa hampir 10 ke 15 minit. Adakah ianya berbaloi?

Dan yang agak pelik juga, sek menengah yang berasaskan agama tidak mempamerkan kepentingan solat berjamaah. Semoleknya, apabila masuk waktu, kaunter pertemuan ditutup sebentar untuk memberi laluan kepada solat berjamaah yang menjadi syiar kepada agama ini. Tetapi kelihatan guru selamba anak murid lagilah buat biasa sahaja....

Adalah baik jika perkara seumpama di bawah di ambil perhatian

  1. Guru menghadkan masa di meja guru paling maksimum 10 minit sahaj bersama ibu bapa yang hadir. Perbincangan yang penting tatkala itu ialah prestasi pelajar dan sedikit sebanyak tentang perilaku mereka di sekolah. Cadangan yang diberikan pun tidak dicatat oleh guru pun;
  2. Mengadakan giliran kepada ibu bapa. Semoleknya setiap ibu bapa yang hadir diberikan nombor giliran dan ini sedikit sebanyak dapat memberikan ruang keselesaan kepada mereka dan lebih tenang untuk menunggu daripad berbaris panjang kemudian dipotong oleh sang tergesa-gesa...
  3. Meletakkan lokasi yang lebih bersesuaian, khusus untuk sekolah yang membuat hari terbuka sekaligus SK dan sekolah agama. Hari dan masa cukup tepat. Lokasi untuk bertemu guru sek agama perlu diperkemaskan..



والله أعلمُ







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol