Memandu bawah 60km

 2 Safar 1442

Penulisan di blog semakin longlai dan melemah. Kemalasan untuk menekan butang kekunci di komputer riba semakin menjadi². Sepatutnya di sepanjang percutian Covid 19, banyaklah perkara lagi yang boleh ditulis. Namun kepenjaraan seumpama tahanan di rumah sendiri tidak memberikan impak besar terhadap perkembangan minda. Mungkin bagi sesetengan orang, ianya satu laba untuk dunia penulisan. Semakin senang update status dan penulis di media sosial (medsos). tapi bagi sesetengah manusia seumpama penulis, pecutian Covid menjadi hambar, lebih² lagi bila melihat iklim politik negara menjadi tidak menentu, sama seperti isu perubahan iklim dunia. Peribahasa melayu, menang jadi arang kalah jadi abu, mungkin sangat relevan untuk menunjukkan iklim politik terkini sewaktu pra percutian covid itu...

Apa yang hendak dikongsikan pada hari ini ialah pengalaman penulis menumpang sebuah grab dengan harga RM12 di sekitar kota kembar Gotham City atau mungkin kota inilah Gotham City yang realiti?

Apabila pintu dibuka dan punggung kurus dihenyakkan di bangku kerusi kereta myvi, sang pemandu terus bertanya,

"Masih bekerja di Pejabat Agama?"

Sudah tentu jawapannya tidak. Pejabat agama sudah ditinggalkan penulis sejak 2001 apabila kontrak pekerjaan ditamatkan secara 'kurang berakhlak' dengan rakan² lain ketika itu. Selepas berbual lebih kurang dan tatkala destinasi sudah hampir, kami mengekori sebuah kenderaan yang memandu sangat perlahan,

"Perlahan betul kenderaan ni..."

" biasa  kalau bawa perlahan ni orang tua ..."

"Ha..betullah tu... 

Maka  tidak salah telahan penulis selama ini. Hipotesis penulis hasil pemerhatian di lapangan selama beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan bahawa punca kesesakan kecil atau juga kemalangan kecil adalah berpunca daripada perkara berikut :-

  1. Kenderaan dipandu oleh orang tua (selalunya bukan Melayu- bukan rasis tapi realiti yang dilihat oleh mata kepala sendiri);
  2. Pemandu sedang sibuk bercakap di telefon bimbit
  3. Pemandu sedang bercinta dengan pasangan disebelah
Maka tajuk utama penulisan ini adalah pada perkara 1. Maka acapkali penulis berhadapan dengan situasi seumpama ini. Apabila sang pemandu grab yang juga berpengalaman memandu bas ekspress dari Pulau Mutiara ke Pulau Singa saban hari selama tiga tahun itu sudi menjadi responden tanpa dipinta penulis, maka ada kekuatan pada hipotesis untuk menerbitkan risalah perbahasan.

Satu kes yang kerap dialami ialah apabila mengekori sebuah kenderaan yang dipandu oleh golongan warga emas ini, biasanya akan dipandu dengan sangat perlahan dan kemudian akan membuat keputusan menukar lorong atau berbelok ke simpang secara tiba². Pernah juga berhadapan dengan kenderaan yang dipandu oleh warga emas yang hampir bertembung dengan kenderaan penulis sendiri!!

Itu belum dikira dengan kenderaan yang diekori apabila hendak menghantar anak² ke sekolah yang mana begitu pasti ianya dipandu oleh golongan warga emas.

Maka eloklah dicadangkan kepada pembaca agar disampaikan kepada pihak yang terlibat agar perlulah dikaji semula lesen memandu yang diperbaharui oleh warga emas dengan mengadakan semula ujian memandu khas untuk menguji golongan ini sama ada masih relevan untuk berada di jalan raya atau sebaliknya. Dengan hanya menguatkuasakan sekali sahaja ujian memandu tanpa melihat kepada faktor umur, keupayaan memandu dalam keadaan hujan atau pada malam hari, maka penulis percaya nyawa pengguna jalan raya akan semakin terdedah dengan bahaya saban hari tatkala berada di jalan raya.



Antara kes² yang berkaitan  ialah 


Mungkin kes berkaitan adalah jarang dilaporkan kerana melibatkan kemalangan kecil, berbanding bahaya yang ditimbulkan oleh pemandu mabuk dan juga pemandu yang menggunakan telefon bimbit tatkala memandu, namun ianya perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa...

Kepada Allah diserahkan segala urusan ... 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol