Solat Berjamaah PKPP

 2 Safar 1442

PKPP disambung sehingga akhir tahun 2020. Ini membawa maksud segala SOP berkaitan pencegahan covid diteruskan. Termasuklah antara amalan yang dikhususkan di dalamnya ialah memakai topeng tatkala berada di tempat² awam termasuk di dalam masjid.

Antara yang menjadi topik hangat di kalangan ulama ialah pelaksanaan jarak ketika mengerjakan solat berjamaah kerana dikatakan bertentangan dengan suruhan asal oleh Nabi 

Daripada Abu Mas’ud RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.” 

Riwayat Muslim (432)

Oleh yang demikian, ulama seperti Syakh Imran nazar Hosein menyatakan bahawa umat Islam kini telah dijebak oleh perangkap dajjal kerana melaksanakan solat berjamaah secara berjarak. Beliu turut menyatakan bahawa solat Jumaat menjadi tidak sah kerana diamalkan dengan melaksanakan bid'aah mengingkari kehendak hadith yang menyuruh agar merapatkan saf, baca (pandangan syakh imran).

Walau bagaimanapun terdapat pandangan yang dikutip dan disusun oleh pihak Mufti Wilayah sebagaimana berikut pandangan mufti wilayah




Pada pandangan penulis, adalah lebih molek untuk saf dirapatkan tetapi dengan syarat, sebelum masuk ke masjid, hanya jamaah yang disahkan sihat serta tidak mempunyai tanda² berpenyakit seperti batuk, selesema dan demam sahaja yang boleh menyertai jamaah. Apabila takbiratul ula telah berlaku, maka lebih baik ada staf masjid yang menunggu di pintu bagi menjaga kemasukan jamaah yang masbuk sebagaimana yang berlaku di masjid jamek pekan Ayer Hitam kota zapin. Apabila imam sudah masuk ke rakaat terakhir, sebaiknya pintu masjid ditutup dan petugas menyertai jamaah manakala jika masih ada yang masbuk, sebaiknya solat di luar dewan masjid. 

Seusai solat, jika sangat tidak boleh ditinggalkan doa bersama imam, maka imam perlu menadah tangan berdoa ringkas dan kemudian bangun untuk membolehkan para jemaah segera meninggalkan dewan solat. Namun langkah sebaiknya, seusai solat, imam selepas berzikir sangat ringkas secara sirr dan terus bangun. Ini untuk mengelakkan masjid diduduki dalam tempoh yang panjang. 

Adalah juga dicadangkan agar segala kuliah dilaksanakan secara atas talian dan ianya dilihat lebih selamat untuk mengelakkan fitnah berkumpul mendatangkan mudharat covid yang lebih besar untuk dielakkan.

Hanya kepada Allah diserah segala urusan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol