Malam suram PKP

 13 Syawal 1432

Seusai solat Isya yang terakhir sebelum penguatkuasaan pengurangan (?) bilangan jamaah solat dimasjid daripada 50 orang kepada 12 orang sahaja, manakala di surau daripada 20 orang kepada empat jamaah sahaja berikutan peningkatan kes baharu covid-19. Melintas landasan keretapi di tengah kota Bat-City seawal jam 8.50 malam terasa terlalu sunyi kerana hanya kenaikan penulis sahaja yang wujud. Tidak seperti malam² sebelumnya yang menyaksikan puluhan kenderaan akan berderet menanti lampu isyarat bertukar menjadi hijau.

Melalui kota lama Bat-City juga terasa terlalu suram dengan kesemua kedai ditutup rapat. Kenderaan hanya ada sebuah dua sahaja yang melalui jalan dua hala dua lorong itu. Sangat berbeza tatkala Ramadhan yang meskipun tidak semeriah Ramadhan 1440, ianya lebih meriah dari Ramadhan 1441 dengan bazaar yang menjadi igauan masyarakat kota tersebut untuk bersiaran seusai iftaar. Hatta stesen minyak juga ditutp awal sekali.

Alangkah baiknya jika keadaan seumpama ini diteruskan sahaja meskipun selepas Allah mengangkat wabak ini. Tentu masyarakat akan menjadi lebih baik mengurung diri di dalam rumah kerana terbiasa dan juga kerana tiada wujud tempat berpeleseran dek kerana telah ditutup segala pintu kedai untuk melepak dan menempel.

Alangkah indahnya perancangan Mu Wahai Pemilik kebesaran...




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol