gerimis kembali mengundang
26 Jamadil Awwal 1442
Hari Ahad, hari pertama sesi pekerjaan dibuka selepas cuti hujung minggu. Hujan kembali membasahi bumi sejak seusai solat Isya malam kelmarin. Subuh ini, hujan masih belum ada menunjukkan tanda untuk berhenti, apalagi berehat sebentar. Menjelang waktu dhuha, ianya semakin melebat dan merisaukan pihak yang berumah di pinggi sungai. Apakah gelombang kedua kembali di kawasan tengah gapura selatan?
Beberapa hari ini negara kembali gempar dengan kenaikan mendadak kes baharu covid 19 hingga mencecah 3k. Gapura selatan sahaja telah berjaya memecah rekod negeri Darul ehsan dengan mencapai kes sebanyak 1k. Maka bergentayangan wassap yang tidak dapat disahihkan oleh mana² perawi akan kesahihannya bahawa MCO aka kembali, namun ianya terhad kepada beberapa negeri tertentu sahaja yang menunjukkan kenaikan kes yang merancancak.
Media pula melaporkan bahawa PM akan membuat pengumuman pada Isnin. Setelah mencapai 4k kes? Keadaan politik yang memualkan juga semakin menjerut dan menyakitkan apabila parti keris telanjang mula menunjukkan sikap abang besarnya dengan mengugut untuk tidak menyokong parti bunga raya bahkan keluar dari jamaah. Perkara ini menggusarkan parti agama yang terus menyeru kepada perpaduan atas nama agama dan bangsa (walhal sebelum ini sangat alergik dengan perkataan perjuangan bangsa). Dan semalam, seorang AP parti keris telanjang telah mengumumkan keluar dari menyokong kerajaan sedia ada. Adakah kerajaan telah lumpuh?
Beberapa hari ini disebalik kemeriahan menyambut kedatangan air bah, wajah YDA dan RPA sahaja yang berjaya menghiasi skrin televisyen. Timbul persoalan, dimanakah PM abah? Apakah negara sudah ketiadaan PM lagi?
Ada penganalisis nakal menyatakan bahawa hujan, air bah dan kenaikan kes adalah bala yang diturunkan Tuhan buat menyedarkan kerajaan tebuk atap. Parti agama menyinggung kenyataan ini dengan menyatakan ianya adalah ujian dariNya. Bagi parti agama, banjir di negari jajahan dan sekutu serta regunya adalah ujian, tetapi jia banjir di negeri musuh adalah bala dan peringatan...
Wahai Allah....tunjukkanlah kepada kami wajah pengkhianat yang sebenar...Agar mudah bagi kami mengenal siapakah yang patut kami ikuti dan siapakah yang patut kami jauhi. Tunjukilah kami ke jalanMu yang lurus dan lindungi kami dari menyokong para pengkhianat...
Ulasan