Kisah-kisah buli : Zaman SBP

 2 Jamadil Akhir Tahun ke 1443 dari hijrah ar Rasul

Zaman berada di SBP (Sekolah Berasrama Penuh) adalah satu zaman antara yang manis untuk dikongsikan bersama. Penulis pernah berada di SBP selama dua tahun dari 1991 hingga 1992. Walaupun masuk di form four (istilah biasa di SBP), pembulian tetap berlaku oleh senyor form five, walau kadangkala beza umur tidak sampai setahun pun. Namun paling lucu jika form four dibuli oleh pelajar form three hanya atas nama senyoriti, bukan atas faktor umur dan sebagainya. 


Di sepanjang berada di form four, permulaan kepada pembulian secara rasmi ialah disepanjang tempoh minggu suaikenal. Form four selaku junior akan menjadi hot spot bagi senyor dimana shaja meraka ditemui. Pembulian paling low ialah, disuruh mengambil air ketika berada di dewan makan. Pembulian yang secara formal ialah dianggap sebagai semut² kecil dan dipanggil sebagai semut untuk mempamerkan kekerdilan kami selaku junior.

Di dalam dorm pula, diperingkat senyor yang mendominasi dorm, anda mungkin akan disuruh menseterika baju uniform sekolah sahaja di setiap minggu. Sebenarnya itu cabaran yang boleh dianggap ringan juga. Sesi perkenalan senyor junior di dalam dorm bermula secara 'rasmi' sebaik sahaja loceng menandakan light-off berdering dan selepas suasana agak tenang. Kami dipanggil menghadap ketua dorm dan dikeliling senyor yang ada dari kalangan pelajar form five dan form three. Biasanya sebagai suai kenal biasa sahaja. Sesi taaruf dalam gelita. Tidaklah sedahsyat buli akhir zaman, penumbuk segenggam menancap ke abdomen.

Ada juga senyor yang memberikan arahan membasuh baju saban minggu. Ada juga yang diarah membasuh kasut. Tetapi biasanya tidaklah kekal suruhan itu sepanjang hidup di SBP. Mungkin seqadar kaedah untuk 'memesrakan' hubungan senyor dan junior barangkali. Cuba bayangkan kalau tidak ada sebarang interaksi seumpama itu, maybe hubungan akan menjadi agak renggang....kununnya.

Antara lain buli yang boleh dicatatkan ialah acara menanam pokok di padang hujung sekolah pada waktu zawaal, dengan lengkap beruniform sekolah dan bertali leher...Itu adalah acara rasmi dengan mengatasnamakan minggu suaikenal atau orientasi!!

Pembulian di SBP biasanya akan berjalan terus selagi wujud senyor dan junior. Selagi ada senyor yang memiliki jalur pemikiran, aku lebih tahu dan lebih lama, maka selagi itulah segala bentuk pembulian akan berlangsung. Cuma ianya boleh diukur tahapnya. Amat jarang berlaku kes² yang mencederakan.

Kesalahan memotong di dewan makan, lebih² lagi terpotong que senyor boleh mengakibatkan junior ditahan di bilik exco. Dengan menunggang nama exco dan pengawas, junior akan disoal siasat semahunya bahkan tidak janggal jika menerima tamparan manja secara fizikal atas nama untuk mengajar adab.

Bahkan jika berlaku kekecohan dan kebisingan di dalam surau yang tidak terkawal, selepas mendapat maklumat dari informer yang entah thiqah atau tidak, sesebuah caln boleh ditahan untuk disoal siasat.

Pembulian secara formal juga berlaku sebagai satu bentuk latihan kesedaran terhadap pihak yang bakal memikul sesuatu tanggungjawab, sebagai contoh, bakal exco (kasta tertinggi dalam kalangan badan pengawas sekolah) dipaksa berlari anak ditengah malam dan kembali semula ke padang tapak perhimpunan hostel gara² gagal memahami konsep latihan kebakaran yang diadakan dengan ditonton oleh sekumpulan senyor dengan sorak sorai. Hasilnya, mereka memandang rendah terhadap exco secara khusus dan badan pengawas secara amnya untuk memimpin pada masa akan datang...

Pembulian akhir ke atas junior form four dan junior lain secara amnya berlaku pada malam terakhir sebelum cuti penggal persekolahan terakhir pada hujung tahun. Pada waktu dan ketika ini, sekumpulan senyor yang menjadi liar secara tiba² (meski sebelumnya berwatak sopan dan bersembunyi di sebalik uniform dan gelaran) akan mencari mangsa dari kalangan junior bagi melunasi kesemua hutang dendam yang disimpan disepanjang sesi persekolahan. Pada malam itu, kelibat senyor bak serigala jadian akan berkeliaran mencari mangsa. Mereka menunjukkan diri mereka yang sebenar. Maka bertebaranlah junior bahkan ada juga dikalangan senyor sendiri yang lemah dan tiada clan untuk berpaut, menghilangkan diri bersembunyi. Ada yang sanggup tidur di dewan, ada yang sanggup bersembunyi di kelas, ada yang sanggip tidur cemas menyembunyikan diri di surau. Ketakutan terhadap segala jembalang, hantu, langsuir yang sering menjadi bualan sebelum tidur warga SBP akan sirna pada malam itu. Hantu hidup senyor lebih menakutkan berbanding hantu yang tidak kelihatan. 

Sebaik penggal persekolahan baharu bermula, maka junior form four dulunya kembali menjadi raja mewarisi takhta senyor form five yang ditinggalkan. Meski four four baharu yang dahulunya form three cuba hendak merampas takhta tersebut, tetapi mereka rupanya melemah tanpa dokongan dan sokongan clan senyor form five yang telah meninggalkan mereka.

Meski badan pengawas dan exco baharu yang telah dimalukan di malam larian amal kelmarin mencuba pelbagai usaha untuk memperlahankan budaya buli, kerna tidak mudah menghentikannya terus, ianya tetap berlaku dan terus diwarisi. Namun dengan sedikit perlahan dan lebih lembut. 

Bila jadi senyor, maka baharulah difahami bahawa dikalangan senyor ada clan yang cenderung membuli, ada clan yang cuba memperlahankan buli, ada clan yang mengikut arus. Maka ada perpecahan dalam kalangan senyor juga.

Sebenarnya sukar untuk menamatkan budaya buli di SBP kerana ianya sudah menjadi budaya. Mungkin banyak usaha untuk menamatkannya, tetapi kelihatannya saban tahun kebelakangan ini ianya menjadi semakin galak. 

Pendidikan tentang ancaman buli di kalangan pelajar perlu disemai sejak di sekolah kebangsaan lagi. Jadikan ianya sebagai tema utama dalam ucapan perhimpunan di sekolah. Jika guru dan warden hanya mendiamkan diri seolah 'redha' maka ianya akan terus menjadi barah yang tersimpan, sama ada ianya akan semakin aktif, atau kekal kecil saiznya, namun tetap menjadi barah yang berbahaya...

Kepada Allah diserah segala urusan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol