Kenapa staf tidak perform

 2 Muharram 1443

  1. Terdapat persoalan di kalangan pengurusan berkaitan staf yang dikatakan tidak perform atau tidak boleh bekerja sebagaimananyang diharapkan;
  2. Terdapat cadangan jawapan iaitu apakah staf itu sengaja untuk tidak perform atau memang dia tidak boleh bekerja?
  3. Jika sengaja ... maka boleh jadi disebabkan oleh ketiadaan hukuman atau ganjaran yang disediakan. Mungkin jika dia perform tetapi tiada ganjaran yang diterima seperti tiada ucapan penghargaan, atau tiada kenaikan pangkat, atau kenaikan gaji atau bonus, maka apa keperluan untuk perform?
  4. Ataupun kerana ketiadaan hukuman disebabkan ketidak mahuan untuk memberikan kualiti kerja seperti yang diharapkan, seperti tindakan surat amaran, atau potong emolumen dan sebagainya;
  5. Hukuman dipindahkan ke jabatan lain tidak memberi kesan melainkan menambah beban kepada jabatan lain atau hanya menyebabkan individu terlibat lebih aggresif dan mengekalkan kaedah kerja sedia ada;
  6. Istilah tidak perform itu juga adalah terlalu abstrak kerana lain jabatan dan ketua berlainan pula corak kerja dan kehendak bos;
  7. Ada kalanya staf yang dianggap tidak perform perlu diangkat sesekali dengan memberikan anugerah tahunan misalnya untuk melihat sedikit kesedaran pada dirinya atau dinaikkan pangkat;
  8. Ada juga keadaan dimanandi jabatan A dianggap tidak perform, tetapi di jabatan B dilihat ok dan mampu mencapai tahap minimum selaku pekerja mengikut gred yang disandang;
  9. Staf yang selalu menghilangkan diri jangan cepat dicop sebagai tidak perform berbanding yang senantiasa wujud di meja pejabat. Kadangkala yang selalu hilang itu kerjanya siap dan mudah dihubungi berbanding yang kelihatan istiqamah di meja kerja tetapi tidak produktif dan hanya mampu menyiapkan sekeping surat sahaja sepanjang 9 jam seharian di pejabat;
  10. Motivasi dan komunikasi antara staf dan pengurus di pejabat perlu seiring dan jelas untuk mengelak salah faham;
  11. Surat amaran keras perlu jelas dan boleh dianggap berkesan sebagai alat terakhir jalan penyelesaian secara rundingan;
  12. Penilaian hujung tahun juga boleh menjadi medium antara dua pihak menjalankan perundingan semasa sesi memberikan markah;
  13. Kepada Allah diserah segala urusan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol