Kisah awal muharram 1445

 2 Muharram 1445




  1. Kisah ini direkodkan di salah sebuah masjid dalam daerah tengah negara hujung semenanjung emas dalam waktu asr;
  2. Kelihatan dua orang anak muda masuk ke masjid tatkala iqamah belum dilaungkan. Mereka solat dalam saf ditengah ruang solat utama bersama;
  3. Pada awalnya disangka bahawa mereka berdua menunaikan solat sunat sebslum asr;
  4. Ternyata, seusai solat mereka berdua keluar dari masjid dan menuju ke lokasi letak kenderaan;
  5. Agak menghairankan kerana mereka telah berada dalam saat dan lokasi yang sempurna dan tersedia untuk solat berjamaah tetapi enggan menyambut seruan tersebut dan merugikan pahala berjamaah bernilai 27 kali ganda yang ditawarkan oleh Allah melalui lisan nabiNya;
  6. كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ فَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الْمَسْجِدِ يَمْشِي فَأَتْبَعَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ بَصَرَهُ حَتَّى خَرَجَ مِنَ الْمَسْجِدِ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صلى الله عليه وسلم.
Maksudnya: Ketika mana kami sedang duduk bersama Abu Hurairah, maka telah azan muazin dan telah bangun seorang lelaki berjalan keluar dari masjid. Mata Abu Hurairah memerhatikannya sehinggalah lelaki tadi keluar dari masjid lalu berkata: Adapun perbuatan lelaki tersebut, sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Abu al-Qasim (Nabi Muhammad SAW).

Riwayat Muslim (655)
أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا كُنْتُمْ فِي الْمَسْجِدِ فَنُودِيَ بِالصَّلَاةِ فَلَا يَخْرُجْ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُصَلِّيَ
Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengarahkan kami jika kalian berada di masjid dan azan sedang berkumandang untuk didirikan solat, maka janganlah keluar seorang pun dari kalian sehinggalah solat.

Riwayat al-Imam Ahmad di dalam Musnadnya (10933)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Marhaban dan baraan

Kisah Seorang Jurutol