Tak payah ceramah pun boleh menang ...
22 Muharram 1445
- Kehangatan dan bahang PRN pada 12 Ogos semakin hampir ke puncaknya. Masing² cuba menjadi juara dan mendapatkan publisiti untuk menangguk undi di hujung muara;
- Tertarik dengan kenyataan salah seorang mantan menteri dalam era PN-sheraton yang dengan bangga mengatakan (ramalan?) bahawa parti mereka akan menang di semua enam negeri walaupun tanpa kempen...
- Walau bagaimanapun, masih pelik kerana ceramah masih terus berjalan oleh pihak mereka meskipun kepimpinan begitu yaqin akan kemenangan yang dituju;
- Pihak SPR mungkin boleh memikirkan satu kaedah yang lebih menjimatkan kesemua pihak yang bertanding dengan memperkenalkan e-kempen, atau kempen atas talian dan mengurangkan pengeluaran permit ceramah kepada kesemua parti yang bertanding;
- Untuk menidakkan pengeluaran permit himpunan ceramah mungkin sesuatu yang agak tergesa² dan boleh mengundang kemarahan, namun dengan mengurangkannya secara berperingkat dan menggalakkan e kempen dilihat akan mampu mendidik masyarakat dan juga pimpinan parti bagi menerima kenyataan dan peraturan baharu;
- Kenyataan ini boleh difahami sebagai satu isyarat jelas bahawa kempen secara konvensional bukanlah satu pilihan utama bagi proses PR;
- Asas utama kempen adalah untuk menerangkan manifesto parti dan menyatakan mengapa perlu memilih mereka untuk penggal seterusnya;
- Tidak perlu berusaha memburukkan parti lawan dengan fakta mahupun tohmahan hanya semata² untuk merebut kerusi;
- Alangkah baiknya jika kempen dibuat serentak diaman kedua-dua calon berada atas pentas yang sama - jadi tiada risiko untuk saling mengata - hanya mungkin ada dialog sahaja ..yang boleh dimoderator oleh pihak SPR - dan ianya boleh sahaja dibuat di medium media sosial;
- Dengan menuturkan kalimah seumpama ini terdapat dua kemungkinan;
- cubaan untuk menutup kelemahan sendiri dengan tindakan menyemai bibit kenyakinan penuh penyokong dan apabila keputusan tidak memihak kepada mereka, maka spr akan disalahkan dan dituduh berat sebelah?
- Kadangkala...kita hanya mampu berkata² untuk menaikkan semangat pendokong dan penganut sahaja...tetapi sebenarnya tanpa ceramah ..maklumat gagal untuk disampaikan dan terpaksa menelan kekalahan?
- Kita tunggu sahaja keputusan malam 12 Ogos dan redha...
"Sebagaimana disebutkan, tak payah ceramah dah sebenarnya. Tetapi oleh kerana memenuhi tuntutan untuk memastikan gerak kerja semuanya dalam keadaan siap-siaga, jadi antara agendanya kita buat ceramah.Kerana di seluruh negara rakyat dah tahu siapa yang ada di hadapan kita yang kita nak lawan, siapa yang kita nak pilih.Inilah dalam sejarah sepanjang pengalaman ambo (saya) satu-satunya pilihan raya yang kita rasa dengan penuh keyakinan dengan izin Allah kita akan mencapai kemenangan yang besar," katanya sambil memetik ayat al-Quran. - Diterbitkan di Malaysiakini pada 6 Ogos 2023
Ulasan