Catatan

Makan malam dan pesta ....

31 Julai 2009 Malam yang menjadi penantian segolongan besar warga organisasi penulis .. makan malam kelab staf ... Kebanyakkannya datang hanya untuk makan, atau hanya untuk mengejar hadiah cabutan bertuah, atau mungkin sahaja untuk menyaksikan pertunjukan pentas yang jarang wujud di HQ organisasiku .. atau mungkin sahaja datang seqadar untuk bersosial selepas letih dihimpit dengan timbunan tugas yang tidak pernah kenal erti habis .. hehehe Bagi penulis, hadir tanpa ada alasan. Tapi pokoknya, sejak penulis menyertai organisasi hebat ini pada tahun 2002, hanya sekali sahaja penulis hadir, itupun secara 'terpaksa' kerana bertugas sebagai pengacara program. Kali ini hadir secara bebas untuk makan, lokasinya hanya sekitar 2 km dari kediaman penulis, untuk 'mengejar' hadiah hebat cabutan bertuah dan untuk mengintai apa sebenarnya yang dikatakan makan malam kelab staf organisasi ini .. Dan penulis antara yang terawal tiba, sekitar awal jam 8 malam dengan hanya memakai kameja t...

Kelantan ..

Imej
> 11 Jun 2009 Hari ini adalah hari yang bakal mencatat sejarah yang paling besar dalam diari kehidupanku kerana buat pertama kalinya aku akan bermusafir jauh dengan berkenderaan sendiri hingga Kelantan Darul Naim. Perjalanan bermula jam 10.00 pagi dengan singgah makan pagi di Kelab Melayu. 10 keping capati dengan lauk kari daging dan seketul ayam cukup membuka selera. Sah yang tiba untuk mengambil kunci rumah bagi menguruskan mesin pemotong rumput beberapa minit kemudian kelihatan tidak berselera pula dengan menu yang dihidangkan. Baru pulang dari Terengganu malam semalam selepas mewakili Universiti untuk kejohanan Intervasity. Tahun ini Terengganu terpilih selaku tuan rumah. Mujurlah stadium Sultan Mizan yanag bakal menjadi saksi acara pembukaan, mengalami bencana keruntuhan bumbung lebih awal dengan kehendak Allah .. Mersing merupakan destinasi pertama yang dilalui selepas perjalanan selama kira-kira satu jam. Singgah untuk mendapatkan bekala...

Polemik Syiah-Sunni

Imej
Beberapa dawarsa ini aku mengenali seseorang yang kelihatan berminat dengan jamaah .. Sebenarnya sudah terlalu lama aku ketandusan rakan yang boleh berfikir mengenai Islam dalam keadaan latar belakang pendidikan mereka berada di luar lingkungan pendidikan syariah yang formal .. Aku mengkagumi sahabat ini kerana kerap berulang alik ke masjid .. Petanda bahawa ada sesuatu di dalam benak fikirannya yang boleh membawa kepada keuntungan Islam . Maka aku mencubanya dengan membawa beberapa perkara yang berkaitan dengan fahaman syiah .. ternyata beliau amat anti dengan manusia penganut mazhab syiah ini hingga berani menyesatkan mereka 'kulluhum ajmain' Aku terangkan kepada beliau sebagaimana yang kufahami dari pembacaanku, selagi mana golongan ini tidak mengkafirkan sahabat-sahabat besar (Abu Bakr, Umar, Usman dan lain-lain) maka selagi itulah mereka masih boleh didekati dan tidak boleh mengkafirkan mereka. Perkara ini telah jelas diterima bahkan fatwa dari Al azhar sendiri telah menj...

one drop perfumes

Imej
pati minyak wangi tanpa alkohol berjenama antarabangsa Egyptian Potion!Egyptian Potion! Pati minyak wangi hebat yang sedang HANGAT DI PASARAN.Bukan macam minyak wangi biasa, ia adalah 100% PATI MINYAK WANGI, 100% WANGI, 100% TULEN, dan yang paling penting 100% TANPA ALKOHOL! Jadi anda tidak perlu bimbang untuk memakainya ketika mengerjakan solat. Kenapa anda perlu berada dalam perasaan ragu- ragu dan bimbang untuk memakai minyak wangi anda yang berharga ratusan ringgit ketika dalam solat, sedangkan anda ada satu solusi yang hebat dengan adanya EGYPTIAN POTION di tangan anda. INI BUKAN GIMIK, INI BETUL2 ! Apa lagi yang BEST pasal minyak wangi ini ialah ia setanding dengan jenama minyak wangi terkenal dan anda idamkan seperti BODYSHOP, CALVIN KLEIN, RALPH LAUREN, HUGO BOSS, ESTEELAUDER,DAVIDOFF, GIORGIO ARMANI dan banyak lagi..tapi mungkin ada antara anda xcukup duit untuk dapatkan minyak wangi idaman anda tu kan? Kesian anda..TAPI xpe, SEKARANG INI JUGA, and...

Catatan ke Sarawak

Imej
30 Nov 2008 sekitar jam 12.50 penulis telah berada di perut pesawat sebaris dengan ketua bahagian dan isteri beliau menuju ke Bandaraya Kuching bagi mewakili jabatan untuk MBJ peringkat kebangsaan. Tiba di Lapangan terbang antarabangsa Kuching jam 1.45. Telinga macam nak pecah dek terkena tekanan udara. Ketua Bahagian syorkan makan chewing-gum tapi bagi penulis meskipun ianya ilmu yg baru macam tak berkesan. Tapi penulis lihat beliau rileks sahaja ... Dari lapangan terbang Kuching bergerak ke hotel dengan dua teksi yang berasingan, penulis dapat melihat suasana sebahagian Bandaraya Kuching sepanjang perjalanan yang melukiskan pemandangan rumah golongan astrokrat yang menghiasi kiri kanan jalan. Terfikir dalam kepala penulis, apakah di sekitar ibu negeri Sarawak ini tiada wujud golongan marhain? Boleh dikatakan tiada langsung wajah rumah murah mahupun kos sederhana yang kelihatan. Sekitar 20 ke 25 minit terperuk di dalam perut teksi akhirnya tiba ke destinasi. Hotel yang terletak agak j...