Catatan

Syawal kali ini adalah syawal hantu...

Sejak daripada malam hari raya lagi, peti televisyen yang terletak di suatu sudut di rumah majoriti penduduk Malaysia dihidangkan dengan kisah-kisah seram dan ianya lebih menonjol di siaran televisyen berbayar. Pelbagai kisah seram sama ada dari indonesia mahupun Malaysia cuba disogokkan untuk tatapan para penyambut hari raya. Mungkin tidak ramai yang sempat menonton siaran-siaran di televisyen dek kerana kesibukan melayan tetamu atau kesibukan kita menziarahi sanak saudara. Namun tatkala berbual-bual sambil menikmati juadah, mata sekali sekala mengerling juga ke srin TV apabila timbul adengan-adengan yang agak menarik perhatian. Penulis sebenarnya agak pelek dengan kecenderungan penerbit televisyen untuk hari raya kali ini. Adakah mereka telah dipengaruhi oleh program hantu lapar yang menjadi tradisi masyarakat Cina yang berkebetulan menyambutnya dalam masa yang sama, lalu menimbulkan ilham adunan 1 Malaysia dan tumbuhkan pepohon filem seumpama ini untuk hidangan Muslim yang sedang ha...

Syawal ke tiga

Syawal ke tiga menyaksikan kehadiran sepupu sebelah arwah ayah yang memenuhi ruang tamu yang terdiri dari 3 keluarga. Kemudian, kami bergerak pula ke Kg Bukit Larang Melaka untuk menziarahi datuk saudara. Rombongan kami tiba sekitar jam 3 petang. Datuk saudara kelihatan masih sihat meskipun sudah menggunakan tongkat. Beliau merupakan adik bungsu seibu sebapa dengan arwah datuk. Beliau tinggal di Singapura namun ada rumah di Melaka. Acara di sana dipenuhi dengan xtvt makan-bersembang. Menjelang Asr, nenek saudara yang tinggal di Selandar pula muncul. Beliau juga merupakan adik beradik seibu sebapa dengan arwah datuk penulis. Usai solat, kami bergerak ke JJ di Ayer Kroh. Bergerak pulang sekitar jam 7.45 dan tiba di rumah sekitar jam 11 malam

2 syawal

Perancangan 2 syawal ialah bergerak ke BP sebagaimana lazimnya. Namun sekitar jam 12, masih belum bergerak. Ada pula tetamu yang hendak muncul. Ziarah dahulu Tok Mat di hadapan rumah. Beliau merupakan sahabat kepada arwah atuk. Antara orang lama yang berada di permukiman ini. Bercerita mengenai para penyewa yang berperangai pelik. Bapa saudara isteri juga muncul selepas zuhur. Maka kami hanya dapat bergerak sekitar jam 3 petang. Namun kesesakan lalulintas bermula dari Manong dan berakhir di Ayer Hitam amat mencabar kesabaran. Hampir sejam kami terperangkap. Akhirnya berhenti untuk solat Asr di Jamek Sultan Ibrahim. Tiba di rumah bapa saudara di Kg Tambak sekitar jam 5.30 petang. Sungguh ramai yang ada. Namun tatkala kami tiba, kesemua tetamu beransur pulang. Kami bergerak ke Pt Ibrahim dan tiba tatkala Maghrib. Solat di jamek dan bergerak ke rumah yang dituju namun hampa, tiada sesiapa di sana. Perjalanan diteruskan ke rumah tok arif yang merupakan adik bungsu arwah nyai (nenek) sebela...

Sisipan 1 Syawal 1431

Syawal menjelma kembali. Subuh didatangi oleh sejumlah jamaah namun jumlahnya tidak dapat menandingi suasana 1 Ramadhan yang baru sahaja berlalu pergi. Usai solat Subuh, Imam mengadakan tahlil arwah. Solat sunat eid fitr dihadiri oleh sejumlah ahli qaryah. Namun yang mampu mendengar khutbah tidaklah dapat ditandingi dengan kuantiti yang menghadiri solat. Ianya sedikit menyusut. Adakah kerana isi khutbah yang hambar, atau gaya penyampai khutbah yang memualkan, tidak dapat pula dipastikan. Namun, sebelum khutbah berakhir, hujan agak lebat membasahi bumi. Usai khutbah, tahlil sekali lagi diadakan. Itu merupakan satu perkara yang sudah diadakan sejak turun temurun di surau ini. Tatkala pulang dari surau, adik ke tiga dari KL telah tiba di rumah bonda. Dia bertolak dari KL jam 5 pagi dan akan pulang semula pada hari yang sama. Sekitar jam 11 pagi, penulis dan keluarga bergerak ke rumah mertua. Acara di rumah mertua ialah makan-makan. Hari raya adalah hari makan-makan dan ketawa... Usai sola...

Malam Hari Raya

Sebaik sahaja selepas waktu iftaar tiba, belum sempat Maghrib diselesaikan, dentuman mercun sudah memenuhi keheningan dan kekosongan ruang, menerjah gegendang telinga, sama ada secara terpaksa ataupun redha, mengalahkan alunan takbir dan tahmid yang lewat kedengaran, itupun sayup sahaja...Itu adalah suasana di malam eidul fitr. Meskipun Malaysia menyambutnya lewat sehari daripada pengumuman penyimpan mohor besar, namun suasana kemeriahan sambutan syawal sebagaimana adat secara turun temurun, khususnya di malam raya adalah tidak dapat dinafikan dengan dentuman mercun. Mungkin pada suatu ketika dahulu bunyi dentuman meriam buluh menjadi penyeri di malam hari raya, namun pada zaman yang dikatakan agak moden ini, bunyi dentuman dari buluh-buluh yang telah diubahsuai itu telah digantikan dengan bunyi letupan mercun. Malam hari raya pada kali ini tidak diserikan dengan acara lawatan ke rumah mertua sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Ianya digantikan dengan acara 'lawatan' ke bandar....

Lailatul Qadr

Imej
PANDANGAN MAZHAB SYIAH Imam Jaafar As-Sadiq berkata: Pada malam ke sembilan belas Allah mempertemukan dua hal, di malam ke dua puluh satu Allah menjelaskan setiap persoalan yang bijaksana, dan di malam dua puluh tiga Allah menetapkan apa yang dikehendaki-Nya, malam itu adalah malam Al-Qadar yang oleh Allah Azza wa Jalla dinyatakan lebih baik dari seribu bulan.” Ishaq, murid dan sahabat Imam Sadiq bertanya: Apa yang dimaksud dengan pertemuan dua hal? Baginda menjawab: “Pada malam itu Allah menghimpun apa yang dikehendaki tentang sesuatu yang didahulukan dan yang ditunda, kehendak-Nya dan ketetapan-Nya.” Ishaq bertanya lagi: Apa yang dimaksud dengan Allah menetapkan persoalan pada malam ke dua puluh tiga? Imam menjawab: “Sesungguhnya Allah swt memperjelas dan menimbang-nimbang persoalan pada malam ke dua puluh satu, pada malam ini masih terdapat bada’ (perubahan), sedangkan pada malam ke dua puluh tiga Allah swt menetapkannya sehingga menjadi mahtum (pasti) iaitu Allah swt tidak melakuka...

Siapakah yang kau cintai?

Imej
Suatu hari datang seorang lelaki berjumpa Rasulullah,lantas dia bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah akan berlakunya Qiyamah? Nabi tak menjawab soalan itu,sebaliknya bertanya: Apa pula bekalan kamu untuk menghadapinya?Jawab lelaki itu: Aku tiada bekal amalan yang banyak, melainkan aku amat cintakan Allah dan RasulNYA..Nabi bersabda: Sesungguhnya seorang itu akan bersama dengan siapa yang dicintainya (المرء مع من أحب)” - Riwayat Bukhari & Muslim Siapakah yang menjadi idola kita kini? Siapakah yang menjadi kecintaan dan kerinduan kita? Adakah kita kasih dan terjatuh cinta terhadap artis pujaan? Atau pemain bola sepak dunia yang kita puja? Ataukah kita terlalu merindui dan mencintai kekasih hati? Berhati hati bila jatuh kasih .. Jangan nanti kita kelak di akhirat akan bersama dibangkitkan dengan para pemain bolasepak dunia, ataupun artis dari Indonesia .. alangkah ruginya...