Catatan

dari W27 ke N27 - volume IV

salam sejahtera Dah terlalu lama tak jengok blog nih...dek kerana kesibukan duniawi... Jangkahayat penulis di Pejabat Agama Daerah Kluang rupanya tidak berapa panjang. Bak kata orang tua-tua, kusangka panas hingga ke petang ...rupanya gerimis mengundang di tengah hari.. Sebenarnya masih terngiang-ngiang di telinga penulis pada hari pertama penulis menjejak kaki ke MAIJ.. " Anda semua insya allah akan dapat jawatan tetap. Pihak kami sedang mengusahakan untuk itu.." Rupa-rupanya itu hanyalah retorik golongan penguasa agama untuk menyedapkan telinga sang hambe berstatus KONTRAK agar tidak lagi menoleh ke lain dalam bekerja .. agar kesetiaan terus terpahat di hati nurani .. agar keihklasan boleh terpancar di wajah pemuda-pemuda yang baru memulakan diari kehidupan mereka dalam dunia pekerjaan yang penuh dengan persaingan dan juga kepura-puraan.. Penulis hanya sempat bekerja dan bergaul rapat dengan para penguasa agama sekitar dua penggal dari tempoh kontrak. Sememangnya sema...

Kelas kelima

Kelas kali ini juga bermula agak lewat hingga menjejak ke pukul 5.15 petang barulah penulis berjaya tiba. Pelajar sudah ada yang duduk di luar. Kelas ini merupakan kelas yang santai sebenarnya. Ia memerlukan pelajar mengaktifkan diri mereka....bukan seperti kelas akademik biasa yang menonjolkan penampilan guru hampir 70 ke 80% di dalam kelas. Dan hari ini juga ada pembentangan berkaitan kaedah peminjaman peralatan daripada pihak pejabat dan juga permohonan penggunaan bas. Pembentangan juga berkisar berkaitan lagu dan juga video yang bakal ditayangkan. Pelajar pada kali ini lebih aktif dan banyak menggunakan alatan pembentangan bersifat interaktif. Mereka juga agak aktif di dalam kelas khususnya lelaki. Pelajar perempuan agak kurang menyerlah tetapi penulis yakin mereka mampu melaksanakan program seperti yang telah dirancang. Sememangnya pembentangan dengan masa persiapan awal adalah lebih baik dan berkeadaan sedia berbanding perbincangan di dalam kelas dan kemudian membuat pemb...

kelas empat

Petang yang agak sibuk...selepas bertugas selaku pengacara program penutup Hari terbuka sekitar jam 4.30 petang, bergegas menunaikan Asar bersama saudara Red dan kemudian bergegas untuk mengambil senarai kehadiran dan juga mengetik kad kehadiran atau  bahasa biasanya punch card. Tiba di kelas agak lewat. Keseluruhan pelajar telah sedia menanti. Kali ini penulis masuk hanya membawa bersama kedatangan dan juga RPP. Tiada note book. Tiada marker pen... Kehadiran adalah penuh...walaupun tanpa beberapa orang pelajar yang melakukan survey ke tapak program di muar Johor. Pembentangan kertas kerja pada petang ini berjalan agak hambar. Entah bagaimana hendak membuat kelas menjadi lebih ceria?

Bajet 2013....bajet yang merisaukan?

Imej
Penulis mendengar pembantangan bajet 2013 melalui saluran radio IKIM semasa dalam kenderaan dalam perjalanan pulang dari pejabat. Tersekat dalam kesesakan laulintas di tengah pekan kecil yang cuba membangun dengan agak pesat, yang ditimbulkan oleh proses baikpulih jalan raya yang sepatutnya disiapkan lebih awal sebelum jam lima ataupun selepas jam 7 malam jika tidak mampu disiapkan awal, banyak benar pemberian oleh pihak kerajaan 1 Malaysia ini kepada rakyat yang berada di bawah kepimpinannya. Pada mulanya ianya agak menujakan. Dan yang paling mengujakan ialah pemberian bonus 1 bulan setengah untuk kakitangan awam dan dikira dari pemberian sebelum eid, dan bayaran kedua pada Dis manakala bahagian bahagian akhir pada januari 2013. Menarik mendengar ulasan panel di IKIM ialah, pemberian yang dibuat oleh kerajaan memerlukan perbelanjaan yang agak besar seperti pemberian BR1M 2.0, pemberian rebet pembelian telefon pintar boleh menyebabkan beban hutang kerajaan akan bertambah. Insen...

Fenomena Innocence of Muslim

Imej
Rata-rata umat Islam mengamuk sakan di seluruh dunia. Kadar amukan mereka bergantung kepada keadaan persekitaran dan juga bangsa. Rata-rata majoriti mereka akan berarak dijalan-jalan sambil melaungkan kata-kata kesat kepada syaitan besar dan seterusnya membakar bendera dan juga replika patung.. Zionis sekali lagi telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa umat Islam pantang sekali jika rasulnya diperlekeh dan dipermainkan. Walaupun orang itu bukan dari jenis yang rajin menunaikan solat sekalipun, tetapi sentimen yang dimainkan boleh mendatangkan amarah peringkat global. Biarpun muslim itu tadi jarang menghadiri masjid. Meskipun muslim itu kurang melaksanakan ajaran agamanya. Namun jika nabinya SAW diperlekeh dan dihina, mereka akan pantas bangun menyatakan bantahan... Keberanian zionis membakar amarah umat sudah acapkali berlaku. Dan sasaran hebat mereka ialah junjungan besar SAW sendiri. Di negara kita ini sahaja sudah banyak rapat umum yang dilaksanakan samaada berbentuk ...

kelas ke tiga

Kali ini kelas dimulakan seperti biasa dengan kehadiran dua orang ahli terkini, hasil kemasukan rayuan kedua pada minggu sebelumnya.. Aktiviti pada petang ini ialah pembentangan kumpulan atau unit yang ditubuhkan dengan tajuk senarai biro dan skop tugas. Setiap unit perlu membentangkan skop tugas masing-masing termasuk AJK tertinggi. Maka pelbagai gaya persembahan dibuat dan kesemua pembentang menggunakan teknologi terkini seperti power point. Ada kumpulan yang agak menyerlah dalam pembentangan mereka dan tidak kurang juga yang sederhana... Pembentangan agak memakan masa dan hanya berakhir sekitar jam 6.20 petang. Kemudian penuilis membentangkan pula organisasi yang terlibat bagi menjayakan program yang telah dirancang pada tarikh 9 - 11 November di Muar Johor. Selesai acara, pengarah mengambil tempat untuk membiacarakab sesuatu... Kelas kami hanya berakir sekitar jam 6.50 petang...

Pemilihan MPP : Antara tanggungjawab dan perjuangan

Imej
Pemilihan wakil-wakil MPP untuk mengisi kekosongan kerusi bagi dua semester telah berlangsung. Kemenangan beberapa calon juga kekalahan telah diumumkan dengan baik tanpa wujud sebarang anasir kekalutan dan sebagainya yang seboleh-bolehnya akan dielakkan oleh pihak pentadbir institusi. Kadang-kadang kita tertanya-tanya pula..apakah sebenarnya fungsi dan tanggungjawab MPP ini. Adakah seqadar untuk mengisi kekosongan kerusi dengan menabur beberapa janji yang kelihatan tidak munasabah untuk dilaksanakan, Sebagai contoh, tatkala terbaca janji-janji calon di poster-poster yang tergantung di segala ceruk kampus, penulis tersenyum sendiri. Antaranya ialah janji untuk berusaha mewujudkan tempat letak kereta atau motosikal berbumbung...wah banyak betul peruntukan mereka...? Bukankah MPP itu hanya bertugas selaku salah sebuah badan untuk melaksanakan segala aktiviti pelajar..MPP tiada kuasa untuk menentukan segala perkara yang berkaitan dengan dasar dan peraturan sedia ada di institusi... ...