Catatan

Melayu dan angan-angan

Imej
 10 Muharram 1442 Hari yang sangat dimuliakan oleh semua masyarakat muslim, khususnya yang bermazhab syiah dimana mereka bermuram durja sejak tanggal 1 Muharram lagi dengan kemuncaknya pada hari ini bagi memperingati kesyahidan Hussein Ibn Ali di karbala akibat tindakan tidak bermoral tentera kuffah dibawah kepimpinan Ibn Ziyad yang merupakan gabenor Kufah ketika itu... Orang-orang Melayu Muslim khususnya di Nusantara juga ada yang mempunyai kefahaman sendiri terhadap Muharram ini. Ada kepercayaan di kalangan orang Melayu yang senior bahawa bulan Muharram ini merupakan bulan yang membawa malang. Perkara ini menjadi terlebih khusus pada 10 Muharram hingga bagi mereka yang ekstrem, akan melarang ahli keluarga dari pergi berjimba-jimbaan seperti berkelah, berkelana dan sebagainya kerana khuatir kepada nahas yang dikatakan wujud pada Muharram ini. Ternyata dan jelas bahawa berkemungkinan ianya berasal daripada cedokan kefahaman golongan syiah ghulat yang sangat mempercayai keberkatan m...

Gamer Lama

Imej
25 Zulkaedah 1441 Bulan panggilan haji telah tiba lagi. Namun dek kerana covid yang masih agak keras mengganas di kawasan asia barat,maka jamaah haji ditangguhkan untuk menghadiri himpunan terbesar ummah yang diasaskan oleh baginda Ibrahim   عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ Penulis ingin menyoroti sejarah permainan game. Penulis mula terjebak dengan game berkomputer sejak tahun 1997. Tatkala itu, masih bertugas di salah sebuah institusi kerajaan negeri. Mentor penulis telah memperkenalkan penulis dengannya. PC penulis adalah sebagaimana gambar di bawah yang diterima daripada ibu saudara. Memang kelihatan buruk pada masa itu. Dengan sedikit modal yang ada, penulis menemui mentor untuk mendapatkan perolehan bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam PC tersebut, khususnya untuk gaming dan juga sambungan internet. Game pertama yang diberikan pada waktu itu ialah Age Of Empire. Mungkin ramai di kalangan pembaca juga yang terjebak secara langsung atau tidak langsung dengan game ini. Keperluan untuk menik...

Rokok di Kedai Makan kini OK

Imej
Catatan malam 15 zulkaedah tahun ke 1441 hijrah ar rasul Tatkala menikmati makan tengahari di salah sebuah warung dalam jajahan luaskan kuasamu di tengah negara dalam negara itu, tiba² hidung terhidu bau rokok yang agak pekat.. "Siapa pula hisap rokok nih.." Penulis melihat ke kiri dan kanan. Hanya ada seorang lelaki yang sedang makan dan tidak kelihatan pula dia memegang rokok di tangan sebab tangannya berada di dalam pinggan sambil menyuap makanan. Dari raut wajahnya terpampang seperti kurang senang dengan pernyataan penulis sebentar tadi. Namun  kehairanan penulis tidak pula disambut oleh orang sebelah yang setia yang sedang asyik menatap HP baharu di tangan. "Tak de bau rokok ke?"  Suara dikuatkan agak tinggi. Berdasarkan pemandangan sekeliling, hanya lelaki tadi yang paling disyaki. Bau asapnya cukup kuat sekali. Tanpa melengahkan masa, segera penulis menuweet (istilah sendiri untuk berkicau di tweeter) dengan highlight kepada KKM dan juga DPPPAS Pusat ... peme...