Rasuah..mengapa?



Indeks persepsi rasuah Malaysia 2009


Tatkala memandu ke pejabat pagi tadi, radio IKIM yang keudara, bersama dua orang DJ yang menggelar diri mereka 2S telah membuka topik perlukah diletakkan spy di pintu masuk negara bagi membendung kebanjiran warga asing ke dalam negara yang berjaya membolosi sempadan negara tanpa perlu melalui jalan-jalan tikus, kerana pintu masuk utama boleh diterobos tanpa halangan asalkan kuncinya adalah RM....Disebut juga oleh kedua DJ itu bahawa terdapat staf imigresen yang berpendapatan mencecah 30k seminggu gara-gara mendapat pembiayaan rasuah sebanyak RM5,000 untuk setiap transaksi..

Ada pemanggil yang memberikan pandangan agar CCTV Allah senantiasa perlu diingat kerana ianya tidak pernah di'off'kan walau sesaat...Ada yang menyarankan agar ingat Allah selalu..

Di zaman maddi ini, dimana harta benda, pengkat dan kemewahan menjadi ukuran dan tumpuan serta pengejaran, semua manusia ingin hidup mewah. Dalam keadaan dimana harga terhadap keperluan harian, seperti susu, gula, barang-barang makanan basah seperti ikan dan ayam, petrol dan sebagainya yang tidak pernah kunjung turun, maka manusia akan berlumba untuk mencari sedikit kesenangan.

Bagi kakitangan bawahan yang berpendapatan RM3000 ke bawah, yang telah diletakkan di bawah paras kemiskinan, sudah semestinya mereka menjadi kelabu mata apabila ditawarkan dengan wang yang agak lumayan .. Ini adalah kerana gaji mereka yang agak kecil...

Perkara ini pernah dibentangkan dalam satu seminar yang diadakan di Pulau Pinang sekitar tahun 2005 yang dianjurkan oleh pihak UUM, yang mana Mufti Kerajaan Negeri Perak, Sohibus Samahah telah menyatakan bahawa kunci untuk menurunkan qadar rasuah ialah dengan menaikkan gaji pekerja ..

Cuba kita membayangkan setiap kakitangan awam misalnya, diberikan gaji minima RM2000 .. Dalam keadaan harga barang di pasaran tidak naik secara membuta tuli dan tanpa perikemanusiaan .. adakah dengan slogan ubah gaya hidup, kita boleh survive dalam sistem kapitalis yang mencengkam ini?

Ya Allah...selamatkanlah kami dari menjadi pemberi dan penerima rasuah ..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol