Ekpedisi Ke Kuantan

Ekpedisi sempena cuti sekolah diadakan khusus untuk meraikan isteri yang merupakan seorang guru untuk menikmati cuti-cuti Malaysia. Pada asalnya ia dirancang bagi memenuhi aktiviti gathering SHAH Pekan '92, namun dek kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, penulis hanya dapat ke Kuantan pada Ahad 13 Mac 2011 sahaja. Bergerak dari kediaman penulis jam 10.00 pagi, singgah minum pagi di jalan Mersing. Memulakan perjalanan sebenar sekitar jam 10.30 pagi.

Tiba di Mersing sekitar jam 11.30 pagi. Melepasi bandar Mersing dan kemudiannya singgah di Endau untuk petrol dan minuman. Melalui SHAH Pekan sekitar jam 2.00 petang dan akhirnya tiba di Kuantan sekitar jam 3.00 petang. Terus mendapatkan bantuan GPS untuk mencari rumah pengantin. Alhamdulilla, rumah ditemui dan sudah pasti perut yang kosong diisi semahunya. Kemudian bergerak pula ke rumah kedua dan juga menimmati jamuan pengantin. Bergerak pulang, singgah di masjid baru berhadapan SHAH Pekan untuk jama' dan qasr. Permohonan untuk masuk ke sekolah dilarang oleh pengawal. Sememangnya mereka menjalankan tugas dengan baik tapi kedatangan penulis selaku bekas warga SHAH perlu juga di pertimbangkan dengan sebaiknya. Merasa agak kecewa kerana tidak dapat menemui bangunan sekolah secara dekat untuk mengembalikan nostalgia lampau.

Perjalanan pulang, singgah makan di Mersing, itupun sebelum Isya kami tiba. Selepas makan, bergerak pulang. Cermin hadapan menjadi kabur...why? Tiba di rumah sekitar jam 10.00 malam lebih kurang. Kelajuan terpaksa dihadkan kerana masalah cermin hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol