pecutan akhir ...

10 hari-hari akhir Ramadhan sudah mula menjelma. Inilah sebenarnya saat dan masa kemuncak pencarian dan penantian. Orang-orang beriman akan meningkatkan pecutan mereka ke garisan akhir bagi menamatkan pengajian dan pentarbiahan mereka di madrasah Ramadhan ini dengan menjunjung ijazah anugerah khas taqwa. Mereka telah meletakkan tujuan mereka di Ramadhan ini. Matlamat akhir perjuangan di madrasah ini ialah meraih taqwa. Ia merupakan anugerah teragung yang ingin digenggam serta dibawa sepanjang 11 bulan yang mendatang.

Disamping ingin meraih taqwa, golongan beriman juga secara tidak langsung akan cuba meraih ganjaran lailatul qadr yang mana ianya lebih baik dari seribu bulan. Pencarian dan pengintaian malam-malam akhir ini bagi merebut dan merangkul kekasih lama bernama lailatul qadr akan berterusan di sepanjang 10 malam yang terakhir ini dengan panduan lisan junjungan, carilah al qadr pada malam-malam ganjil.

Malam ke 21 baru sahaja berlalu semalam, bersama berlalunya pandangan Imam Syafie pengasas salah satu mazhab fiqh dunia sunni bahawa lailatul qadr berlaku pada malam yang ke 21. Masih ada lagi harapan untuk mencari dan mengintai di malam ke 23 jika mengikut pandangan mazhab jaafari.

Selamat mengintai serta didoakan moga berjaya serta dapat meraih anugerah taqwa yang tidak ternilai harganya di dunia apalagi ketika kembali ke kampung akhirat nanti...wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol