asr yang menggoncang

Asr jumaat 1 zulkaedah 1432 mencatatkan satu lagi lembaran baru untuk bumi wakafan ini kerana untuk pertama kalinya masjid menara sebatang dapat mengumandangkan suara azan dengan megah dan kuat menerpa ke bangunan batu milik organisasi. Suara itu amat menarik perhatian penduduk dan warga organisasi indah ini serta mampu menyeret hati manusia bertaqwa berlumba mengejar jamaah. Suara yang sudah hampir seminggu lamanya dirindui kerna tiada boleh didengari disebabkan oleh masalah teknikal.

Ya...suara seruan azan menyambut kedatangan tetamu Asr itu amat menggembirakan hati semua muslimin dan muslimat. Akhirnya masjid sebatang menara ini mampu bersuara kembali. Masjid agung ini telah menemui syiarnya semula. Masjid berkubah hijau kebiruan ini telah mampu bersuara lantang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol