Kelas Kokurikulum II



Kelas kali ini lebih lewat. Mesyuarat di pejabat melengah-lengahkan penulis untuk bergerak ke lokasi kelas. Makanan selepas mesyuarat pula amat menyelerakan. Terkejar-kejar menunaikan Asr di masjid dan kemudian berpatah semula ke pejabat. SMS ketua kelas untuk membuat perbincangan dalam kumpulan terlebih dahulu sebelum penulis menghadiri kelas. Kembali ke pejabat kerana di dapati pen drive yang berisi banyak maklumat telah hilang. Masuk mundar mandir ke dalam bilik, selerak segala kertas yang bertompok di atas meja. Tercari-cari di lokasi parkir masih belum mahu berjumpa. Akhirnya penulis pasrah sahaja...

Setelah meletak kenderaan di parkir berhampiran kelas, tatkala berjalan menuju ke kelas, meraba-raba perut yang mula menggendut, tiba-tiba tangan terasa sesuatu terselit di dalam baju. Ya Rabb!! Pen drive ku...Rupa-rupanya termasuk ke dalam baju kerana poket belah memang telah terkoyak di hujungnya menyebabkan benda-benda kecil boleh tercicir dengan mudah!!

Perbincangan dalam kumpulan untuk sesi pertama ini ialah bincangkan kaedah atau cara untuk menarik manusia agar mereka menjadi mesra ke masjid dan perbincangan kedua ialah berkaitan syarat-syarat serta adab dan etika imam dan muazzin.

Kedua-dua kumpulan telah memberikan maklumbalas yang positif dan kelihatan beberapa orang tokoh telah mula memberikan respon yang baik. Alhamdulilla, di akhir zaman ini masih ada pemuda2 Islam yang bersemangat dan mahu kepada Islam.

Rata-rata kedua-dua kumpulan bersetuju bahawa imam dan muazzin perlulah dari kalangan mereka yang terbaik sesuai dengan hadis Nabi SAW. Ulasan penulis selepas akhir pembentangan berdasarkan kepada petikan kitab adab solat berjamaah karangan Ustaz Haidhir dari MARSAH..

wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol