Apabila anda distatus : DIREHATKAN

Apabila anda disabitkan dengan sesuatu kesalahan yang melibatkan polis dan juga perundangan. Maka majikan tempat anda bekerja akan membuat keputusan bahawa anda digantung kerja sehingga kes selesai dan dibayar separuh gaji...Anda mungkin merasa tidak puas hati...rasa diri teraniaya..tanggungan  ramai yang hendak disara. Mungkin juga terpaksa mencari-cari pekerjaan lain selaku part-timer untuk menampung kehidupan..

Andai anda seorang pemain bola sepak... setelah bertahun bersama dalam pasukan..tiba-tiba anda digantung permainan...mungkin atas sebab disiplin..kerap dilayangkan kad kuning...maka anda mungkin akan terfikir untuk mencari offer di tempat lain...

Salah seorang selebriti televisyen tersohor pernah dipakaikan istilah direhatkan gara-gara menghadiri program anjuran pihak yang masih belum memerintah..

Apabila anda merupakan salah seorang ahli sesuatu kumpulan yang bergerak aktif ke beberapa kawasan .. bersama rakan-rakan..hampir setiap bulan..tanpa ada seorang pun yang mungkin ditinggalkan .. kecuali jika rakan tersebut ada hal yang tidak dapat dielakkan .. tiba-tiba anda direhatkan .... mungkin anda terfikir untuk meneruskan pergerakan bersama pasukan lain...atau terus menghentikan aktiviti mingguan itu buat selama-lamanya...!

Mungkin sahabat-sahabat seperjuangan dalam arena apapun sama ada sukan, dan sebagainya akan mengecop anda sebagai MERAJUK, khususnya untuk kes kedua dan ketiga di atas..

Bagi kes ketiga, apabila anda direhatkan..maka ia akan menimbulkan pelbagai spekulasi serta andaian. Adakah anda direhatkan kerana anda melakukan sesuatu cemar yang dianggap mampu merosakkan nama baik sesebuah pasukan itu. Atau anda direhatkan sebagai satu bentuk 'penolakan halus' bahawa diri anda tidak diperlukan lagi...



Apabila anda direhatkan kerana melakukan sesuatu cemar. Maka dengan wujudnya lagi anda ditengah-tengah pasukan akan menyebabkan pelanggan terhidu kehamisan bau-bau stokin dari diri anda. Maka perlulah difahami bahawa ianya merupakan satu bentuk hukuman.. Dan hukuman seumpama ini boleh jadi akan menyebabkan anda terus direhatkan dari menyertai beberapa siri aktiviti seterusnya ataupun lama-kelamaan anda akan terus dilupakan ...maka ianya juga boleh dianggap selaku arahan berbentuk sangat lembut.."Hindarilah dirimu dari kami..."

Atau kadang-kadang adakah ianya boleh ditafsirkan sebagai boikot atau pemulauan sebagaimana yang berlaku terhadap tiga orang sahabat yang tidak menyertai peperangan Tabuk? Sungguh jauh sekali...

Istilah direhatkan sebenarnya satu istilah yang kedengarannya amat halus dan lembut tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam.

Terlalu banyak pula tafsiran yang dibuat. Kesimpulannya jika kita melihatnya dari sudut pandangan negatif maka kita akan mengatakan dan melihat ianya sebagai hukuman berterusan. Alangkah baiknya kalau kita terus bersangka baik ... Tentu ada hikmah tersembunyi mengapa Allah merehatkan anda .. jadi nikmatilah kerehatan sementara ini sebelum anda direhatkan terus di alam barzakh ...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol