Antara Dua
Membaca akhbar, internet dan tengok berita di TV siaran utama negara beberapa hari ini, antara kes hangat kini:
kes 1: seorang pengguna media baru yang dikhabarkan menghina YDPA
kes 2: tarian separuh bogel di pusat membeli belah utama secara terbuka pada waktu puncak
Bagi kes 1: bertalu2 bantahan dan desakan untuk mengambil tindakan kepada seorang pengguna media baru yang dikatakan membuat posting menghina YDPA. NGO, parti politik, pejuang bangsa, pejuang negara, individu...bertalu2 tampil membuat laporan polis dan mendesak tindakan segera diambil..
Kes 2: Ianya adalah satu penghinaan kepada agama Allah dan ajaran Nabi kita. Bukan kah itu satu penghinaan yang jelas dan terang nyata? Apakah ada yang lebih utama dan lebih besar dari Allah dan Rasul-Nya??
Apa tindakan pihak2 pejuang agama, bangsa dan tanahair dalam memprotes hal pada kes 2? Pemerintah? Bukankah YDPA dan Raja-raja adalah juga yang bertanggungjawab menjaga agama Islam mengikut perlembagaan kita? Bukankah menghina ajaran agama Islam ini juga bermakna menghina YDPA dan Raja-raja?
Kenapa lain benar tindakan antara keduanya?
Kita masih belum boleh melupakan perkara-perkara yang melukan hati tuanku seluruh negara sebagaimana artikel di bawah :

Posted: 11 Jun 2012 10:00 PM PDT
Oleh: WFAUZDIN NS
TAHUKAH anda tahun 1993 boleh dianggap Tahun Penuh Pendurhakaan Umno terhadap Raja-Raja Melayu? Bagaimana jika kesemua kes pendurhakaan itu disemak semula dan diambil tindakan sepertimana kes-kes lama Azmin dan Anwar disemak semula?
Pada 18 Jan 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja minta tangguh pindaan ini, maka media melalui BH bertarikh 19 Jan 1993 telah mengkritik secara terbuka salah laku Raja-Raja.
Lupakah kita pada 29 April 1993, di Ketereh, Kelantan di mana telah diadakan `pertabalan' Sultan Kelantan dilakukan pada ketika Sultan Ismail Petra masih di takhta. Siapa tokoh Umno yang terlibat waktu itu? Jika anda lupa, sila rujuk kepada Datuk Anuar Musa yang kini merasai `dizalimi' pula oleh FAM yang diterajui oleh Sultan Pahang.
Media BH bertarikh 11 Jun 1993, memetik kenyataan Shahidan Kassim tokoh Umno juga yang menyebut Sultan Kelantan tidak layak menduduki takhta.
Rahim Tambi Chik, sewaktu menjadi KM Melaka meminta agar panggilan `patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan Sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan `Saya Tuanku". Ungkapan biadap tokoh yang kontroversi dengan gadis bawah umur ini rakyat tidak dapat lupakan. Rujuk kembali BH bertarikh 03 Feb 1993.
Siapa yang cabar Sultan Kelantan agar turun takhta? Lupakah kita? Berlaku pada tahun yang sama iaitu tahun 1993. Zahid Hamidi yang tidak mahu ke Perancis sebagai saksi kes Scorpene, ini lah tokoh yang mencabar Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah, katanya. Jika anda lupa, rujuk kembali BH bertarikh 11 Feb 1993.
Tun Mahathir pula mendakwa Raja-Raja tidak henti-henti meminta daripada kerajaan. Rujuk BH bertarikh 30 Jan 1993. Media BH bertarikh 23 Jan 1993 pula telah mengaibkan Raja-Raja dengan tuduhan pesta arak di Istana dan perempuan-perempuan cantik. Mengapa media ini terlalu berani? Tidak lain tidak bukan adalah kerana pemimpin Umno waktu itu mengajarnya.
Sebenarnya, sebelum tahun 1993 lagi banyak kes pendurhakaan kepada Raja-Raja ini telah dilakukan oleh pemimpin Umno. Saya tidak selesa untuk mengimbas kembali kisah-kisah terdahulu dari ini kerana ada di antara mereka yang telah meninggal dunia. Sekadar sebagai ingatan kepada kita semua sejarah tidak boleh dipadam samasekali.
Tahun-tahun kebelakangan ini masih juga terdapat pemimpin Umno yang terang-terang menunjukkan pendurhakaan kepada Raja-Raja. Kita masih ingat kisah di dalam persidangan agung Umno pun mereka menghentam Raja-Raja, contohnya pada tahun 1991 di mana Sultan Kelantan menjadi mangsa mereka.
Harta Raja-Raja diminta disiasat. Siapa punya angkara? Media telah mengaibkan Instusi Beraja dengan meletakkan di muka hadapan kehendak perwakilan Umno waktu itu.
Tentu masih segar di dalam ingatan kita, bagaimana cubaan hampir seluruh Wakil Rakyat Umno di Terengganu untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah di Istana Terenganu bagi menabalkan Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Mereka mahu Idris Jusoh sebagai MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum Tahun 2008. Maka, didirikan banner tertulis perkataan " Kami Ngak Idris, Natang". Apakah yang mereka maksudkan `Natang' itu? Kepada siapa ditujukan?
Perlantikan MB Perlis juga begitu. Lihat bagaimana Shahidan Kassim bertindak apabila Isa Sabu dipilih sebagai MB Perlis.
Terlalu sedikit di sini untuk dihuraikan kembali bagi menunjukkan hebatnya Umno menderhaka kepada Raja-Raja. Terlalu jauh bezanya untuk dibandingkan dengan sekadar nasihat dan ingatan selaku rakyat biasa yang sayangkan Raja Melayu. Umpama anak yang sayangkan bapanya, si anak akan sentiasa menegur bapanya kalau didapati bapanya tersilap laku. Anak yang tidak sayangkan bapanya akan membiarkan bapanya melakukan apa jua dan si anak hanya mahu ampu dan bodek si bapa./wfauzdin.blogspot.com
Jadi siapakah sebenarnya yang mengajar dan menjadi juara penderhaka sehingga diikuti oleh anak-anak mentah yang baru belajar menaip di media baru?
|
Ulasan