SISTEM SYURA VS SISTEM DEMOKRASI


Pengenalan
Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala peraturan dan perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari segi amalan politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal barat adalah berlandaskan falsafah kekuasaan rakyat semata-mata tetapi juga perbezaan antara kedua-duanya dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dari segi definisi, pemilihan khalifah, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama. Perbezaan dari segi hak bersama ini merangkumi perbezaan hak antara orang Islam dengan orang bukan Islam

Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan segala-galanya. Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik di wujudkan ataupun di gubal semula.


Sebaliknya ini sangat berbeza dengan sistem syura dalam Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip-prinsip keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T,

mengasaskan sesebuah negara itu adalah berdasarkan kekuasaannya dan manusia telahpun ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu segala amalan dalam

sistem pemerintahan Islam mestilah merujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut sesetengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikan sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu, kebanyakkan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti pentadbir menghormati hak minoriti.

Dari segi pemilihan khalifah/pemimpin :

Perbezaan dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau seseorang yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran.

Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi dan sosiol.

Di samping itu juga, seseorang khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan.

Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah berasaskan kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin yang mempunyai sahsiah dan keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang fasik mahupun munafik.

Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga kebaikan masyarakat manusia dengan tidak mengambil kira terhadap suara dan kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari segi pemilihan pemimpin. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus ayat 32  :

10:32

Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang

lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?
Dari segi bidang kuasa:
Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan
dalam al-Quran. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem syura
perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin

itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Sebagai contoh seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah dari segi pemerintahannya.



Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin- pemimpin yang berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara yang di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.

Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan atau menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Dalam sistem demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan arak secara berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang islam.
Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran..Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah dan
dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.
Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan sistem syura yang diamalkan pada zaman Khulafa jauh lebih mematuhi prinsip keadilan Islam.
Dari Segi Perundangan :

Di antara sistem syura dan sistem demokrasi, perbezaan yang jelas dan ketara adalah dari segi sistem perundangannya. Perundangan dalam sistem syura adalah berdasarkan permesyuaratan yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Manakala dalam sistem demokrasi pula sistem perundangan adalah berdasarkan kehendak semasa asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh berubah dari semasa ke semasa.
Dalam sistem demokrasi moden, ianya memiliki dua corak dalam perundangan. Peraturan yang tetap yang tidak menerima perubahan dan pertukaran iaitu perlembagaan yang berterusan atau undang-undang perlembagaan. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana aspek dalam pemerintahan sehingga kepada majlis ummah dan pimpinan.


Berlakunya mana-mana perubahan dalam kandungan perlembagaan ini setelah dipersetujui oleh majoroti orang ramai dengan seluruh aspeknya. 
Peraturan yang kedua ialah peraturan yang tunduk kepada perubahan dan pertukaran dengan gabungan suara majoriti di dalam majlis ummah dan pimpinan atau lembaga kabinet manteri atau selain daripada itu yakni golongan yang mempunyai wibawa politik di dalam sesebuah negara.

Apa yang penting bagi golongan ini yang mewujudkan peraturan tidak mempunyai batasan penafsiran undang-undang perlembagaan. Berlakunya perubahan di dalam lingkungan undang-undang perlembagaan ini tanpa mempunyai asas yang kukuh. Dengan yang demikian wajib bagi kita untuk menghuraikan pandangan mengenai

pemerintahan dan perundangan dalam Islam yang membezakan daripada teori-teori demokrasi dan sosiolisme moden serta tidak mencampuradukkan di antara kedua-duanya sebagaimana yang dilakukan oleh para penulis dan pengkaji Islam dan bukan Islam yang tertentu.

Daripada aspek bahagian yang tetap di dalam undang-undang, Islam memandangkan bahawa Allah S.W.T adalah Satu-satunya yang menentukan kedudukan syariat yang menjadi asas-asas pemerintahan, tidak ada hal seorang pun yang lain berhak campurtangan dalam hal ehwal menggubal syariat dalam sitem Islam walaupun Nabi S.A.W sekalipun. Manakala daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tunduk kepada perubahan yang mana sistem tunduk kepadanya). Sebagaimana yang terdapat dalam sistem-sistem demokrasi dan sosiolisme moden, yakni berhubung dengan konsep majoriti. Apa yang dimaksudkan dengan majoriti ialah mengatasi satu perdua dengan ditambah satu yang mengatasi minoriti iaitu satu perdua kurang satu. Tunduk kepada pandangan majoriti di dalam aspek menentukan keputusan sehingga sampai ke tahap hak untuk bersuara di antara majoriti dan minoriti.
Menurut pandangan politik Islam adalah berbeza dengan apa yang dibawa terdahulu dengan sistem demokrasi dan sosiolisme moden. Pertimbangan dalam meletakkan undang-undang atau mengubahnya atau mengadakannya ataupun menukar isi kandungannya serta bentuknya berdasarkan suara majoriti yang di terima oleh Islam.

Sebaliknya Islam bukan sekadar melaksanakan syura atau permesyuaratan di dalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran malah lebih jauh daripada ialah Islam menekankan kepada mengikuti kebenaran iaitu membataskan kebenaran dengan kebatilan, di dalam bahagian yang berubah daripada sistem, bukannya menyenangkan manusia pada tempat-tempat yang berbeza dalam pemerintahan Islam.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip kedaulatan rakyat dan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik bagi sesebuah negara Islam. Bagi menjawab persoalan ini eloklah kita merujuk kepada pendapat seorang sarjana Islam iaitu Al-Maududi menguasai prinsip negara

Islam iaitu: “Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhanan yang digelar “teokrasi” dalam bahasa Inggeris”.

Menurut beliau teokrasi di dalam sesebuah negara Islam bukanlah bermaksud mengaggungkan sesuatu kuasa seperti yang dibuat oleh paderi-paderi di zaman Eropah yang memerintah secara paksa yang lebih mirip kepada kekuasaan syaitan.
Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara Islam, rakyat akan memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Al-Maududi juga telah mengariskan tiga prinsip utama dalam sesebuah
negara Islam iaitu tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yang menang dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan kedaulatan. Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar semua yang lain adalah hambanya.

Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalah miliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetuju mahu membuat undang-undang lain atau mengubah undang-undang Allah, dan sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya. 

Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah, perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam.
Kesemua prinsip undang-undang di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam sesebuah negara Islam hanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah. Rakyat tidak ada alasan bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi memansuhkan hukum Allah.Ini adalah berbeza dengan demokrasi berat yang berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat. Calon-calon yang dipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di dalam sesebuah negara. Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak rakyat. 
Di dalam demokrasi barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian terbanyak perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun melalui undian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan.
Di dalam demokrasi barat juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud dalam sistem kapitalisme menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan lebih mementingkan materialisme dan ini mengalpakan mereka daripada membenarkan dan kebaikan yang hakiki. Sebaliknya di dalam sesebuah negara Islam prinsip syurga adalah amat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan semua negara Islam yang tegak di atas prinsip ketuhanan dan menguatkan perintah dan hukum-hukum yang jelas dari Allah dan Rasul dan tidak ada pemimpin Islam atau badan perundangan yang boleh membuat keputusan tanpa rujukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Namun ini tidak bermakna bahawa had-had dan sekatan ini memperlihatkan bahawa Allah mengkongkong manusia daripada berkembang. Allah tidak pernah menghadkan kebebasan pemikiran dan intelek manusia. Allah menetapkan hak membuat undang-undang hanya terletak padanya dan bukan bermaksud untuk menyekat kebebasan manusia. Jadi demokrasi barat yang berlandaskan kekuasaan rakyat berbeza dengan Islam kerana di dalam demokrasi Islam kedaulatan rakyat adalah mengikut had-had yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.
Ini menunjukkan bahawa kebebasan yang ada pada rakyat juga mengikut lunas-lunas keimanan membebaskan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah terhad atas dasar keinginan dan nafsu yang ada pada manusia boleh dipengaruhi oleh Syaitan. Inilah sebabnya Allah mewujudkan had-had seperti menurut Istilah Islamnya adalah batas-batas Allah atau Hudud Allah. Sebagai contohnya dalam ekonomi Allah telah menetapkan beberapa batas yang menurut perintah Allah seperti zakat harta benda, zakat pendapatan dan pencarian rezeki secara halal.

Akhir sekali apa yang menjelaskan lagi perbandingan antara pandangan Islam dan demokrasi liberal ke atas rakyat ialah suara majoriti di dalam masyarakat Islam yang dibina oleh fahaman taqwa dan keutamaan tidak dapat di hitung oleh batasan-batasan kebenaran dan pembaikan sosiol.Ini adalah selaras dengan ayat al-Quran

surah al-Ashr ayat 2 dan 3 di bawah yang bermaksud:

103:2

103:3

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh dan nasihat menasihati
supaya mentaati kebenaran.”

Secara amnya peraturan yang bergantung kepada pandangan majoriti ummat manusia tidak akan membawa kebaikan untuk kekalkan masa depan dan tidak mendatangkan kekecuaian kepada ummah sendiri. Jadi Islam sentiasa membataskan kedaulatan rakyat berdasarkan peraturan dalam Al-Quran dan Sunnah.
Dari segi hak orang bukan Islam dalam pemerintahan negara Islam:

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam.Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan

sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang berasaskan syariat islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama.

Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan Islam. Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu.. Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosiol, ekonomi dan ketenteraan. Dalam bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam. Sistem pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat dliihat dari segi hak dan tanggugngjawab rakyatnya.

Melalui sistem syura, pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik,berilmu, adil dan memeiliki kecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Rakyatnya yang bernaung dibawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap pemerintahan negara. Selain mempunyai tanggungjawab, mereka juga mempunyai hak tertentu, tidak kiralah golongan Islam mahupun bukan Islam. Dalam sistem syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat mereka. Sungguhpun begitu, mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran orang Islam. Contohnya menjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi. Golongan ini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahaja serta bertugas untuk menjaga kepentingan kaumnya. Dalam menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama untuk diselesaikan. Mereka juga boleh meminta peruntukkan kewangan daripada majlis syura. Selain dari itu juga, mereka boleh meminta majlis syura meluluskan adat-adat keagamaan kaumnya sebagai menjaga hubungan sosiol antara kaum. Dengan ini, jelaslah menunjukkan dalam teori politik Islam konsep kerajaaan adalah terhad. Golongan bukan Islam juga harus dilindungi kepentingannya seperti hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari agama Islam mereka adalah tergolong dalam rakyat yang bernaung dan tunduk serta patuh dibawah pemerintahan Islam

Dalam pemerintahan yang berasaskan demokrasi pula, golongan bukan Islam ini mempunyai hak yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini berhak campur tangan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk bersuara dan menjadi pemimpin dalam bidang pentadbiran seperti kewangan, pendidikan dan lain-lain lagi.Ia jelas sekali berbeza dengan sistem syura dimana golongan ini tidak terhad untuk menjadi wakil dan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, malah mereka berhak untuk menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya ialah seperti bidang pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain lagi.


Sebagai kesimpulannya jelaslah sistem syura adalah sejenis corak sistem pemerintahan yang adil dan menjaga hak-hak serta bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan rakyatnya. Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abd Khattab dimana dibawah sistem syura tentera Islam tidak dibenarkan merampas tanah-tanah orang bukan Islam dikawasan yang baru ditakluki. Kita juga boleh mengambil iktibar daripada peristiwa pengadilan yang dijalankan terhadap tawanan
Yahudi bani Quraisy. Pengadilan ini dijalankan berdasarkan sistem syura.
Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem demokrasi adalah dua sistem yang berbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua sistem ini dapat dibezakan dari segi definisi, pemilihan khalifah/pemimpin, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama.

Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam Islam telah mengariskan beberapa ciri demokrasi Islam kebebasan mengikut had undang-undang, kesamarataan di sisi undang-undang, kerajaan melalui persetujuan dan permusyawaratan dan proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan melalui perbatasan perlembagaan. Undang-undang dalam negara Islam adalah berdasarkan sumber undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah berbentuk sekular. Ini termasuklah mengenai kedaulatan rakyat.

Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah secara berkekalan. Mana-mana individu tidak berhak menggubalnya. Manakala di dalam demokrasi barat tidak ada undang-undang yang sah secara berkekalan dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa rakyat di dalam negara Islam adalah tertakluk kepada pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi rakyat di sebuah negara demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan diluluskan oleh kabinet.

Akhir sekali, demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan sebuah negara demokrasi Islam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam mempunyai perbatasan dan undang-undang yang wajib diikuti iaitu berlandaskan Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi barat perlembagaan dan agama dua sistem yang diasingkan.
Bibliografi
Ahmad Syafii Maarif, 1987. Islam dan Masalah Kenegaraan, Lembaga Penilaian Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Social. Indonesia.
Alias Othman, 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur.
ASY Syeikh ALLAMAH Muhamad Hussein Tabataba `E 1984 Gagasan Politik Islam, Dewan Pustaka Fajar Kuala lumpur.
H. Zainal Abidin Ahmad, 1977, Ilmu Politik Islam III Sejarah Islam dan Umatnya Sampai Sekarang, Jakarta.
H. Zainal Abidin 1977, Ilmu Politik Islam, Jakarta.
Idris Zakaria, 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Klaus Ferdinand and Moohdi Mozaffari 1988, Islam: State and Society, Gurzon Press.
Dr. Lukman Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini, Kuala Lumpur.
Muhamad Asad, 1964. Azas-Azas Negara dan Pemerintahan Di Dalam Islam Terjemahan Drs. Muhammad Radjab, Jakarta.
Qamar-UD-DIN-Khan …19.. , Maududis Theory of the State.
Syed Abul Al-Maududi, 1404, Teori Politik Islam.
Ta req Y. Ismael and Zacqueline S. Ismael 19 Government and Politics in Islam, London.
Dr. Zainal 1987. Filsafat Sejarah Ibn Khaldun, Bandong.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol