Bagaimana Rasulullah Berbuka ?

Adab berbuka cara Rasulullah SAW


2:183Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Seharian kita menempuh hari tanpa makan dan minum dalam mentaati perintah Allah di atas...kemanakah langkah kaki kita akhirnya?

Kebanyakan dari kita akan cuba meluangkan masa ke bazaar Ramadhan .. seribu selera .. untuk mencari 'sesuatu' buat berbuka puasa kelak (?)

Mungkin bagi pasangan keluarga yang kedua-duanya bekerja, mengunjungi bazaar sebelum iftaar menjadi acara 'WAJIB' disebabkan kesuntukan masa untuk menyediakan juadah. Namun ada juga yang sanggup bekejar-kejaran mencari bahan mentah untuk dimasak ...


Kita kadang-kadang teralpa seketika tatkala memikirkan mengenai hidangan buat berbuka. Dan mungkin sebilangan dari kita kadang-kadang terlupa untuk menjejaki bagaimana agaknya menu Rasulullah SAW tatkala berbuka puasa? 

Adakah di kota Madinah pada zaman itu sudah wujud apa yang dipanggil bazaar Ramadhan? Adakah sahabat-sahabat Rasulullah SAW pada setiap Ramadhan berlumba-lumba menjadi 'usahawan sebulan' dengan merebut tapak jualan seawal Rejab lagi?

Apa yang kita difahamkan bahawa sahaat-sahabat Rasulullah SAW tatkala menjelang Ramadhan merupakan individu yang sangat aktif dalam beribadah. Bahkan mereka mampu memenangi medan peperangan sebagaimana yang berlaku pada 17 Ramadhan pada medan Badar Al Kubra ...

Mereka hanya memikirkan serta berlumba-lumba merebut tawaran Allah ke atas hambaNya yang sudi melayari Ramadhan dengan warna-warna ibadah dan ketaatan sepenuhnya .. 

Umar Al Khattab diriwayatkan apabila tiba petang sebelum Ramadhan, akan berjalan keluar Madinah mengelilingi sekitarnya sambil mengatakan Marhaban Ya Ramadhan berulang-ulang kali sambil menitiskan air mata .. 

Maka sudah molek jika kita menelusuri cara atau kaedah baginda SAW berbuka puasa. 

Diriwayatkan oleh Al Bukhari & Muslim dari Sahl ibn Said dari Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagi mana ia menyegerakan berbuka puasa.."

Diriwayatkan dari Ibn Majah dan Abu Daud, hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Agama ini akan sentiasa zahir selagimana umatnya menyegerakan berbuka puasa ini kerana nasrani dan yahudi melewat-lewatkannya"

Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razak dan kitab Fathul Bari, Amr b Maimun berkata, "Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah manusia yang paling cepat berbuka puasa dan yang paling lewat bersahur"

Dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Turmizi, dari Anas bin Malik, katanya, "Rasulullah SAW apabila berbuka, baginda akan berbuka dengan beberapa biji tamar basah sebelum solat, jika tiada baginda berbuka dengan kurma kering, jika tiada baginda berbuka dengan beberapa tegukan air "

Telah jelas bahawa Nabi SAW berbuka hanya dengan beberapa butiran kurma sahaja. Baginda SAW tidak pernah pula dilaporkan menghadap pelbagai hidangan semasa iftaar. Berbanding kita pada zaman ini yang berbuka dengan pelbagai jenis juadah, yang dibawakan secara langsung dari bazaar Ramadhan..

Wallahu a'lam




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol