Antara syiah dan freemason
Dewasa ini pemerintah Malaysia begitu obses memerangi ajaran syiah. Maka dada akhbar begitu galak memaparkan perkataan ulama dan umara yang menghentam ajaran ini sepuas-puasnya. Sepertimana biasa, modus operandi peperangan yang dilancarkan adalah sama : secara offensive tanpa mahubmemberikan ruang atau peluang pihak yang diperangi untuk mengulas di media. Kalau adapun hanyalah petikan frasa kata yang telah diolah dan diubahsuai agar sesuai dengan pendengaran halwa telinga massa.
Teringat penulis tatkala pihak pemerintah memerangi gerakan jamaah al arqam tempoh hari. Mereka memulakan sesi itu dengan serangan di media massa dan kemudian disambut dengan baik oleh badan-badan rasmi agama dan seterusnya dirembat masuk ke dalam gawang ISA dengan jayanya oleh pihak berkuasa agama. Akhirnya abuya membuat pengakuan akan kesesatan teorinya dan dipaparkan ke seluruh mayapada . Meskipun ikrarnya di kemudian hari dilihat tidak ditepati sepenuhnya apabila beliau dilihat sekali lagi menggerakkan jamaah tersebut dengan penjenamaan semula, namun pihak berkuasa agama tidak pernah lengah dari memantau dan memerangi mereka.
Bahkan sebenarnya gerakan jamaah tabligh juga pernah menerima nasib yang hampir sama, diharamkan dari bergerak secara aktif di salah sebuah negeri di negara ini.
Dan terkini ialah peperangan pemerintah sunni di negara ini dengan puak syiah yang telah lama sebenarnya bertapak di bumi melayu ini. Golongan syiah yang digembar-gemburkan sebagai pihak yang sesat dan kerap dipaparkan di kaca tv dan media arus perdana akan kelakuan pelik mereka memukul badan dengan rantai besi setiap kali tibanya asyura...
Dan digesa kesemua penguasa agama di setiap negeri dalam negara ini mengharamkan gerakan syiah yang semakin bercambah dan digeruni pergerakan mereka di setiap negara sunni mutakhir ini. Sebenarnya sejak kejayaan revolusi islam di Iran menjatuhkan kerajaan beraja syiah yang pro amerika pada tahun 1979, isu mengenai kecacatan syiah ini terus diperbesar-besarkan ke serata alam. Tidak tahulah ianya kerja amerika dan sekutunya, atau memang kerja ulama sunni yang ditunggangi pemerintah yang bertopengkan islam sunni untuk mengekang revolusi ini daripada merebak ke negara feudal yang lain di sekitar rantau teluk. Bahkan iraq yang sanggup menjadi negara pertama, hero kepada negara arab lain untuk mengekang pengaruh iran menceroboh wilayah berdaulat iran hingga menyebabkan khomeini mengisytiharkan perang terhadap saddam. Hinggakan Iraq dan negara sekutu Arab sunni menggelarkan peperangan tersebut sebagai peperangan al qadisiah sebagai merujuk peperangan di antara sahabat Rasulullah SAW dengan kerajaan parsi dahulu.
Dan sebenarnya kempen bahaya syiah terus berlangsung dengan sengit, dengan sokongan padu negara teluk yang majoriti pemerintah mereka menganut fahaman sunni dan memberikan wala kepada ulama aliran wahabi.
Meskipun sebelum daripada itu, ulama sunni kelihatan agak lunak dengan ulama syiah dan jarang sangat kedengaran berlakunya pertembungan antara kedua golongan ini melainkan yang termaktub dalam kitab-kitab karangan kedua-dua pihak sahaja. Namun sebenarnya pertembungan kedua golongan ini telah bermula sejak kekuasaan bani umayyah yang bersikap sangat keras kepada mereka. Dan dalam pemerintah abassiyyah, al imam as syafie sendiri telah terfitnah sebagai seorang syiah sehingga hampir sahaja dikemakan hukuman mati.
Dan kita sebenarnya khuatir dengan perkembangan anti-syiah ini kerana akan wujud pihak yang cuba menangguk di air yang keroh. Ianya dilihat bakal menjadi senjata baru golongan anti kepada islam untuk menjerat individu tertentu yang dilihat membahayakan tampuk pemerintahan negara.
Siapakah dalang dalam perkara ini? Setelah berjaya menghancurkan jamaah syiah, adakah pemerintah akan bertindak pula kepad golongan freemason yang sangat berleluas dan berkuasa di bumi kita ini? Amat jarang media massa memperlihatkan mengenai kumpulan freemason ini yang sebenarnya amat berpengaruh dalam negara. Dengan misi yang jelas sebagai golongan anti kepada agama dan mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan dajjal, kita menunggu tindakan dan pendedahan pihak berkuasa agama, mungkin pada awalnya pendedahan berani di TV Al Hijrah dalam kapsul akidahnya yang kelihatan begitu berani berani dan bersemangat untuk membuat pendedahan..
Freemason adalah lebih merbahaya daripada syiah, lebih aggresif daripada darul arqam, lebih memberikan ancamana daripada jamaah tabligh, lebih tersasar jauh daripada ajaran kerajaan langit ajaran ayah pin....
Ulasan