Filem dari negara syiah masih berleluasa di kaca tv

Apabila diisytiharkan bahawa syiah adalah musuh islam dan wajib diperangi , oleh sheikh yusof al qardhawi, maka secara tidak langsung kesemua negara sunni WAJIB memutuskan hubungan dengan negara syiah sebagaimana mereka memutuskan hubungan dengan negara haram zionis di bumi Palestin.

Maka segala apa sahaja yang berkaitan dengan mereka baik kurma, minyak wangi, nama jalan bahkan filem sekalipun sepatutnya diharamkan dari berada di negara sunni.


Pada malam ini, TV Al Hijrah masih lagi menanyangkan filem dari negara syiah iran. Bukankah filem ini dilakonkan oleh orang yang sesat? Ianya mampu menggugah akidah golongan sunni di bumi melayu ini. Mereka yang wanita berlakon menutup aurat sejak mula ditayangkan hingga akhir filem. Ianya dilakonkan oleh manusia yang sesat!! Bahkan mendapat anugerah pula di peringkat antarabangsa.

Filem negara sunni adalah yang terbaik dan mendidik jiwa. Lihat sahaja filem dalam negara kita. Sebagai contoh filem Jalang, filem karipap cinta dan sebagainya, ianya dilakonkan oleh pelakon sunni yang tidak berakidah sesat. Makanya meskipun mereka ini menayangkan aurat dari mula filem hingga tamat bahkan kadangkala hanya berkemban, dan ada pula yang semakin berani melakonkan adengan hangat, ianya tidak menyesatkan bahkan boleh ditayangkan secara bebas meskipun tidak pernah merangkul sebarang anugerah di peringkat antarabangsa...

Filem negara sunni ini juga kerap menayangkan adengan seram dan khurafat serta syirik tetapi dianggap tidak membahayakan aqidah..



Jauhi filem syiah...ianya menyesatkan...sayangi dan dekati filem kita di negara sunni....ianya mampu menghantar kita ke jinjang syurga...wallahu a'lam...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol