Hari raya dahulu....

Sempat bertemu bual dengan bapa mertua perihal bagaimana orang dahulu berhari raya tatkala membuat kunjungan syawal ...

"Dahulu orang ramai akan membuat kenduri di masjid pada malam hari raya. Kemudian, pada pagi 1 syawal selepas solat, mereka akan saling ziarah menziarahi di seluruh kampung. Acara ini akan berlangsung sepanjang siang sahaja. Malam tiada acara ziarah yang dibuat"

"Duit raya zaman tu (tahun 60an) tiada sebarang duit raya yang diberi kepada anak-anak kecil..."

"Zaman tu mercun memang meriah. Meriam buluh dan sebagainya. Tapi tak ada pula kedengaran yang cedera dek kerana letupan mercun..."

Maklumat yang agak simple. Nanti akan ditemuramah lagi....

Persoalan yang timbul di sini ialah, bilakah bermulanya acara pemberian duit raya kepada anak-anak sehingga ada yang sanggup melilau ke serata kampung hatta hingga masuk syawal ke 9 pun masih ada yang bertemu tangga untuk berhari raya, alasannya,tapi sebenarnya untuk mengutip collection...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol