Eid Fitri itu milik bani jawi?
11 Syawal 1436. Di sana-sini, kemeriahan sambutan syawal masih boleh dirasai oleh sesiapa yang mahu dan masih ghairah untuk menyambutnya. Media massa dan para selebriti yang merupakan tunggak utama keceriaan eid sepanjang syawal memainkan peranan sebagai pengiklan tersohor di setiap rumah. Maka semakin semarak dan bergemuruh jiwa para penduduk tanah semenanjung emas ini khususnya meraikan dan menikmati Syawal.
Dengan kosmetik rumah terbuka, kosong-kosong, dan pelbagai lagi, jiwa bani jawi ini diruntun untuk meraikan sebulan syawal dengan penuh keghairahan.
Maka tidak hairan apabila berjalan di mana-mana, pabila bertemu dengan sahabat, dengan segera salam dihulurkan dan perkataan "Selamat Hari Raya" pasti akan dikuntumkan di bibir merekah, meskipun takbir hari raya telah lama terpadam sebaik khatib mengumandangkan lafaz takbir tujuh gema di atas mimbar suci.
Penulis kerap terkeliru. Di tengah alunan lunak bacaan marhaban, buat mengganti lafaz takbir yang tidak disyariatkan untuk dibaca selepas khatib memadamkannya di pagi syawal, dimanakah sebenarnya bulan yang patut diagungkan di antara syawal atau Ramadhan?
Tatkala Ramadhan berkunjung, amat jarang didengari rakan dan sahabat taulan berbicara dan menyatakan kegembiraan akan datangnya bulan nan agung ini. Jarang sekali cuping telinga ini menangkap ungkapan "Ramadhan Kareem" pabila ketemu sesama sendiri. Namun ucapan "Selamat Hari Raya" sudah mula bergentayangan mulai hari ke 27 Ramadhan lagi.
Wal hal dianjurkan agar ucapan selamat menyambut dan meraikan ramadhan disyiarkan setiap hari ramadhan yang berlangsung. Ucapan selamat mencari al qadr. Ucapan agar amalan sepanjang ramadhan di terima. Ucapan agar doa dan taubat dimaqbulkan.
Ramadhan yang pergi, yang ditangisi oleh sekelian umat Muhammad, sirna dek di warnai oleh kegembiraan kaum penyambut hari raya yang begitu ghairah. Mereka memakai banner pernyataan bahawa hari raya adalah hari bergembira atas kemenangan. Persoalannya, apakah kita benar² berada di pihak yang menang?
Apakah kita sudah menang sedangkan masih ramai penyambut hari raya sebulan ini tidak meneruskan ibadah solat berjamaah saban waktu?
Apakah kita sudah menang sedangkan nafsu kita masih liar dan lebih buas dari anjing yang berkeliaran?
Apakah kita sudah mengisytiharkan menang sedangkan kehidupan kita masih lagi sama di takuk lama?
Kemenangan apa yang kita raikan? Ataukah kita meraikan kepulangan syaitan yang telah sebulan bercuti di perantauan kembali kepada kita?
Berpada² lah dalam menyambut eid. Ianya hanya sehari sahaja. Namun tiada bercanggah untuk meneruskan amalan ziarah.
Rasulullah ﷺ pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda: “Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya ‘Ied al-Adha dan ‘Ied al-Fithri.(Hadis riwayat Imam al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, Kitab al-Sholah, hadis no: 959.)
949.

وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ. فَإِمَّا سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِمَّا
قَالَ: "تَشْتَهِينَ تَنْظُرِيَ؟" فَقُلْتُ: "نَعَمْ." فَأَقَامَنِي وَرَاءَهُ خَدِّي عَلَى خَدِّهِ وَهُوَ يَقُولُ: "دُونَكُمْ يَا
بَنِي أَرْفِدَةَ!" حَتَّى إِذَا مَلِلْتُ قَالَ: "حَسْبُكِ؟" قُلْتُ: "نَعَمْ." قَالَ: "فَاذْهَبِي!"
Hari itu adalah Hari Raya, di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (‘Aishah radhiallahu 'anha) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya ataukah Rasulullah ﷺ yang berkata: “Apakah kamu ingin melihatnya.” Aku pun menjawab: “Ya.” Aku disuruhnya berdiri di belakangnya, di mana pipiku dekat dengan pipi baginda. Baginda berkata: “Biar yang lain, wahai Bani Arfidah!” Ketika aku merasa bosan, baginda bertanya kepadaku: “Sudah cukup?” Aku menjawab: “Ya.” Bagindapun bersabda: “Pergilah" (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 950)
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: "دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ
بُعَاثَ. فَاضْطَجَعَ عَلَى الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ. وَدَخَلَ أَبُو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وَقَالَ: "مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ
عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ." فَأَقْبَلَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْهِ السَّلَام فَقَالَ: "دَعْهُمَا." فَلَمَّا غَفَلَ
غَمَزْتُهُمَا فَخَرَجَتَا.
Dari ‘Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: “Rasulullah ﷺ masuk ke rumahku (pada Hari Raya), dan ketika itu aku bersama dua budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan Bu’ats. Baginda langsung berbaring di atas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya. Ketika Abu Bakar (radhiallahu 'anh) masuk ke rumahku, dia memarahiku dan berkata: “Pada pandangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, (nyanyian) itu adalah seruling setan.” Mendengar itu maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya: “Biarkanlah mereka.”
Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya setiap kaum memiliki Hari Raya, dan hari ini adalah Hari Raya kita.
Sabda Rasulullah ﷺ ini merupakan alasan baginda untuk membiarkan kedua budak perempuan tersebut tetap menyanyi. (al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 260)
Ketika Rasulullah ﷺ lengah, aku memberikan isyarat dengan mata kepada kedua budak perempuan itu hingga mereka keluar. Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 949.
Maka jelas sambutan eid fitri hanya pada satu syawal sahaja. Jadi mengapa Bani Jawi begitu meluap sambutannya?
Wallahu a'lam
Ulasan