Taaruf Kem Komandan Istilah kem komandan biasanya akan digunapakai dalam aktiviti kem bagi program-program kursus mahupun program latihan seperti jatidiri, kem kepimpinan dan sebagainya. Kem komandan biasanya dikaitkan sebagai individu yang paling berkuasa dalam melaksanakan dan mengatur disiplin peserta, peraturan program, keselamatan perjalanan aktiviti secara keseluruhannya. Watak-watak 1. Watak kem komandan Sungkai Tatkala penulis menyertai kursus di Sungkai Perak. Kem komandan muncul buat pertama kalinya semasa menyambut kedatangan kami. Memberikan arahan untuk ke penempatan. Kemudian taklimat ringkas di dewan. Sangat menjaga disiplin dan masa. Kami pernah didenda dan dihamun tatkala perhimpunan selepas makan tengahari hanya semata-mata kerana meja makan yang tidak bersih. Akibatnya kami didenda berlari mengelilingi padang. Setiap kali sebelum masuk ke dewan untuk aktiviti, kami akan berkumpul di padang 'huru-hara' untuk memeriksa kehadiran mengikut masa, bar...
“Adakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (pusat pemerintahanNya) di langit bahawa Dia akan membalik-balikkan bumi dan kamu bersamanya, sehingga tiba-tiba bumi bergoncang? Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai berbatu, maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan ) peringatan-Ku. Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu”. [al-Mulk: 16-18] Terdapat banyak riwayat dari para sahabat yang menceritakan tentang munculnya bintang berekor (asteroid) yang akan menghentam bumi sebagai balasan terhadap kaum yang engkar dan berita gembira terhadap orang beriman yang menandakan kedatangan Imam Mahdi. 'Ammar bin Yasir r.a. Mengatakan, "Sesungguhnya keluarga Nabi kamu (ahlul bait) memiliki banyak tanda-tanda". Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur...
Syawal di Johor disambut agak panjang, sama seperti yang diwar-warkan oleh media dan juga lagu-lagu hari raya, mungkin berbeza dengan sambutan di negeri2 lain seperti Kedah, Kelantan dan sebagainya. Namun berbeza pula tatkala sambutan eid Adha ... meskipun hari tasyriq dan hari-hari bertakbirnya agak lebih panjang, namun ianya hanya disambut sehari sahaja. Amat jarang yang mengamalkan acara kunjung mengunjung. Amalan yang menjadi tradisi di negeri Johor ini ialah amalan ziarah marhaban dan baraan. Baru syawal kali ini penulis dapat maklumat berkaitan perbezaan diantara baraan dan marhaban. Kunjungan baraan ialah kunjungan ke rumah-rumah penduduk dengan tatacara bersalaman, makan dan bermaafan dan kemudian ke rumah seterusnya dan biasanya dilaksanakan pada waktu siang hari, manakala ziarah marhaban ialah acara yang hampir sama dengan acara baraan, cuma ditambah dengan bacaan selawat dan biasanya dilaksanakan pada waktu malam, selepas Maghrib dan disambung selepas solat Isya ... dan acar...
Ulasan