Demo hadapan pejabat MB Selangor .. Kenapa tidak di Johor?



Beberapa hari lepas, berita arus perdana menyiarkan demo yang dilakukan oleh sebahagian rakyat selangor dipimpin oleh seorang ketua pemuda parti utama pemerintah di hadapan pejabat MB negeri Selangor. Dua hari berturut² buletin utama menyiarkan rakaman video tersebut. 

Syabas rakyat negeri Selangor yang amat berani bersuara berkaitan masalah air yang merupakan antara sumber utama kehidupan manusia. Mana mungkin boleh meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna jika dengan keadaan air yang disekat dan dicatu. 


Cumanya, janganlah kerana Selangor ditadbir urus oleh parti yang bukan sekufu dengan pemerintahan pusat, isu air diperbesar-besarkan semahu-mahunya. Dijemput segala wartawan dan pemberita, disiarkan kekecohan dan gundah gulana rakyat ke serata dunia agar penduduk dunia tahu kebobrokan dan kebejatan sebuah kerajaan negeri yang berlainan arus dengan kerajaan pusat yang lebih adil dan saksama.

Malangnya, dibahagian selatan tanah air dilaporkan kerap juga berlaku masalah catuan air. Namun rakyat kelihatan tenang dan gembira. Tiada tanda dan rasa rakyat hendak berkumpul di hadapan pejabat MB untuk membuang baldi dan sebagainya. Adakah kerana tiada wujud hero di selatan tanahair ataukah kerana wartawan dan pemberita segan dan malu untuk bertandang dan berkampung di negeri pendukung utama kerajaan pusat? Ataukah kerana hero yang ada hanya memakai pakaian yang berlainan warna dengan pemerintah negeri?

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol